Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bungkusan wang kertas SG50 akan dicetak semula bagi membetulkan ejaan salah: MAS

MAS akan mencetak semula bungkusan wang kertas SG50 bagi membetulkan ejaan nama Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak.

Anggaran Waktu Membaca:
Bungkusan wang kertas SG50 akan dicetak semula bagi membetulkan ejaan salah: MAS

Nama Presiden Yusof Ishak disalah eja dalam bungkusan yang mengandungi set wang kertas SG50. (Gambar: CNA/Xabryna Kek)

Diterbitkan : 21 Aug 2015 07:14PM Dikemas Kini : 21 Aug 2015 07:18PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan, pihaknya akan mencetak semula bungkusan wang kertas SG50 bagi membetulkan ejaan salah pada bungkusan wang kertas itu.

Nama Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak, disalah eja pada bungkusan wang kertas itu dan juga pada buku kecil dalam bungkusan tersebut.

MAS sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya akan menampal pelekat pada ejaan yang salah.

Set wang kertas SG50 itu dikeluarkan semalam bagi meraikan sambutan Jubli Emas Singapura.

Pengarah Urusan MAS Ravi Menon berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan itu.

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan