Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Ramadan peluang keluarga pertingkat ibadah, terap nilai positif, kata Dr Yaacob

Demikian ditekankan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim hari ini (26 Mei) dalam satu video di akaun Facebooknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bulan Ramadan peluang keluarga pertingkat ibadah, terap nilai positif, kata Dr Yaacob

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim. (Gambar: Facebook/ Yaacob Ibrahim)

SINGAPURA: Bulan Ramadan sudah tiba dan ia masa yang sangat baik untuk kita bermuhasabah dan menggiatkan lagi ibadah.

Demikian ditekankan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim hari ini (26 Mei) dalam satu video di akaun Facebooknya.

Menurut Dr Yaacob, bulan Ramadan kali ini jatuh pada cuti sekolah dan ia merupakan satu peluang untuk keluarga menjalani Ramadan dan melakukan kegiatan bersama.

Beliau menyebut tentang Kempen Sentuhan Ramadan anjuran MUIS dengan tema “Rahmah Bermula Daripada Saya” sebagai satu platform untuk keluarga berkumpul dan melakukan kegiatan bersama.

“Tabung Rahmah adalah satu projek di mana kita dapat sama-sama menabung bagi mereka yang memerlukan dan juga Quran Hour yang boleh dimanfaatkan ibu bapa bagi menggalak anak-anak mereka mengaji,” ujar beliau.

Dr Yaacob juga berharap masyarakat Islam akan memanfaatkan Ramadan ini untuk memperbaiki tabiat makan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita boleh mula dengan memakan jumlah makanan yang kecil, mengurangkan pembaziran makanan, menggunakan perkakas dapur yang mudah larut dan mesra alam supaya dapat melindungi alam sekitar demi generasi seterusnya,” tambah beliau.

Nilai-nilai itulah yang digesa Dr Yaacob supaya masyarakat Islam di sini dapat mengamalkannya semasa Ramadan ini dan supaya ia dapat menjadi satu gaya hidup.

“Selamat menunaikan ibadah puasa. Ramadan Mubarak,” kata Dr Yaacob sebelum mengakhiri ucapan beliau. 

Blessed #Ramadan to all Muslims! #RamadanSG #RahmahSG #RaikanIlmu #yaacobibrahim

Posted by Yaacob Ibrahim on  Friday, 26 May 2017
Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan