Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku panduan dilancar bagi bimbing PMET Melayu/Islam pertingkat diri, tajamkan kemahiran

Sebuah buku panduan bagi menyokong kerjaya golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Melayu/Islam telah dilancarkan siang tadi (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah buku panduan bagi menyokong kerjaya golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Melayu/Islam dilancarkan siang tadi (18 Nov).

Buku panduan ini juga bertujuan untuk melengkapi golongan PMET dengan sumber-sumber dan bimbingan mengenai bagaimana untuk terus kekal relevan dalam landskap ekonomi yang kian berubah-ubah.

Pelancaran buku panduan 'Handy Guidebook for PMETs' ini adalah sebahagian daripada siri 'Secangkir Kopi Bersama Mendaki' yang melabuhkan tirainya petang tadi.

BUKU PANDUAN PMET KOMPREHENSIF DIMASUKKAN PELBAGAI SENARIO

Buku panduan setebal 53 muka surat itu memberikan bimbingan dan tip-tip bagaimana golongan PMET boleh mempertingkatkan diri dan menajamkan kemahiran dalam persekitaran kerja yang mencabar.

Buku panduan tersebut turut menyenaraikan pelbagai sokongan dan bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan PMET Melayu/Islam seperti skim-skim yang ditawarkan oleh MENDAKI SENSE dan Tenaga Kerja Singapura.

Diterbitkan oleh Jawatankuasa Pendampingan PMET Mendaki, buku panduan berkenaan memberi fokus kepada empat aspek - iaitu peningkatan diri, kanak-kanak, ibu bapa dan kewangan.

Ia turut memberi khidmat nasihat melalui senario-senario yang dipaparkan tentang bagaimana untuk menguruskan kedudukan kewangan keluarga.

"Panduan ini disediakan setelah kita ada sesi-sesi maklum balas, dengan semua lapisan masyarakat kita di mana kita telah mendengar kebimbangan mereka di mana bagaimana mereka dapat mencari pekerjaan.

"Dan ini memberi panduan secara ringkas sedikit gambaran apa yang boleh kita lakukan dan juga mesej yang penting untuk memberitahu mereka ialah, mereka tidak seorang dalam hal ini, masyarakat kita bersama-bersama mendampingi mereka." kata Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.

DR FAISHAL IBRAHIM: LEBIH BANYAK PAMERAN KERJAYA, SESI RANGKAIAN BAGI BANTU GOLONGAN PMET

Menyentuh tentang maklum balas dan isu yang diketengahkan oleh golongan PMET sejauh ini, Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan, Dr Muhammad Faishal Ibrahim akur masih terdapat lagi 'kebimbangan' yang perlu ditangani.

"Kita khuatir bahawa ada di kalangan PMET dan saya berasa prihatin di kalangan mereka yang masih belum mendapat pekerjaan. Ada mengambil masa yang lebih panjang, ada yang beruntung mendapatkan pekerjaan dengan lebih mudah.

"Justeru, kita mahu membina satu usaha di mana kita mahu berkongsi perjalanan PMET yang berjaya dan perjalanan mereka yang menghadapi masalah-masalah yang tertentu," katanya.

Memandang ke hadapan, Dr Faishal berkata sasaran seterusnya ialah untuk mendampingi lebih ramai PMET Melayu/Islam dan membantu mereka.

"Kita boleh jangkakan untuk terus adakan lebih banyak pameran kerjaya, dan juga kita mahukan golongan PMET ini untuk terus mengambil bahagian dalam sesi rangkaian yang kita ada, yang ketiga kita juga akan adakan lebih banyak pendekatan, pendekatan dari segi aspek-aspek yang tertentu, seperti program-program yang sedia ada, bagaimana golongan PMET yang terjejas mengambil bahagian dalam percubaan bekerja, di mana sesesorang itu yang ingin bertukar pekerjaan, sudah berjaya dalam kerjaya mereka," tambahnya.

Sesi petang tadi merupakan yang terakhir dalam siri 'Secangkir Kopi Bersama MENDAKI ' bagi tahun ini. Ia dianjurkan oleh Yayasan Mendaki dengan sokongan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI). 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan