Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku Majulah! 50 tahun Masyarakat Melayu Islam di S'pura, satu dokumentasi penting

Buku berkenaan mengandungi sumbangan lebih 40 penulis yang mencakupi pelbagai aspek berkaitan masyarakat Melayu/Islam tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, melancarkan buku “Majulah! 50 tahun Masyarakat Melayu Islam di Singapura" hari ini (29 Mei).

Menyingkap kejayaan, sumbangan dan cabaran masyarakat Melayu/Islam sepanjang 50 tahun lalu, buku itu disunting bersama oleh diplomat dan mantan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, Encik Zainul Abidin Rasheed dan zamil ISEAS - Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.

Bertepatan dengan separuh abad kemerdekaan Singapura, buku berkenaan mengandungi sumbangan lebih 40 penulis yang mencakupi pelbagai aspek berkaitan masyarakat Melayu/Islam tempatan.

Tema-tema lain yang diketengahkan termasuk ekonomi, pendidikan, agama, seni dan sastera.

Turut disentuh beberapa isu sensitif seperti soal tudung dan madrasah.

1,000 naskhah kulit tipis akan dijual pada harga $38 setiap satu manakala kulit tebal pada harga $68.

Dalam ulasan beliau Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob menyifatkan buku itu sebagai satu buku yang baik dan langkah baik dalam mendokumentasikan sejarah dan warisan masyarakat Melayu/Islam.

"Kalaulah kita tidak melakukan sedemikian tiada orang akan melakukannya," ujar beliau lagi.

Lebih penting lagi kata Dr Yaacob, adalah bagaimana masyarakat Melayu/Islam boleh menggunakan bahan-bahan yang sudah dikumpulkan untuk sama-sama meneroka masa depan mereka dan masa depan Singapura.

"Banyak telah dilakukan perintis kita dan banyak juga harus dilakukan oleh golongan muda, bagaimana kita boleh meneruskan usaha mereka untuk mewujudkan satu Singapura yang lebih baik, bukan hanya untuk masyarakat kita tetapi bagi negara Singapura juga," ujar Dr Yaccob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan