Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buku komik baru Persatuan Rakyat paparkan tabiat sosial yang baik

Sebuah panduan komik yang mengetengahkan tabiat-tabiat sosial yang positif dilancarkan hari ini (23 Sep) oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di satu majlis masyarakat di Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:
Buku komik baru Persatuan Rakyat paparkan tabiat sosial yang baik

Panduan komik yang mengetengahkan tabiat-tabiat sosial yang positif dilancarkan hari ini.

Diterbitkan : 23 Sep 2017 10:19PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 10:28PM

SINGAPURA: Sebuah panduan komik yang mengetengahkan tabiat-tabiat sosial yang positif dilancarkan hari ini (23 Sep) oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di satu majlis masyarakat di Tampines.

Buku 40 muka surat itu diterbitkan oleh Majlis Integrasi Persatuan Rakyat dengan kerjasama pendatang baru di Singapura.

Misalnya, terdapat ilustrasi yang menggalakkan orang ramai daripada mencampur adukkan pinggan mangkuk yang digunakan untuk makanan halal dengan yang tidak halal serta mengembalikan dulang yang digunakan.

Buku lapan tema berbeza itu hasil perbincangan fokus dengan 120 relawan akar umbi dan wakil dari sekurang-kurangnya 20 persatuan pendatang.

Sebanyak 25,000 naskah komik itu akan diedarkan di acara-acara masyarakat, perpustakaan awam dan sekolah-sekolah tertentu.

Sebahagian komik itu juga mungkin diletakkan di pengangkutan awam dan poster-poster majlis bandaran di estet-estet perumahan menjelang awal tahun depan.     

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan