Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Budak perempuan maut dalam nahas Bukit Batok; pemandu diberkas

Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam satu kemalangan di Bukit Batok Central malam semalam (9 Okt)

Anggaran Waktu Membaca:
Budak perempuan maut dalam nahas Bukit Batok; pemandu diberkas

Anggota paramedik memberi respons ekoran kemalangan di Bukit Batok Central pada Isnin (9 Okt). (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 10 Oct 2017 07:42AM Dikemas Kini : 10 Oct 2017 09:08AM

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam satu kemalangan di Bukit Batok Central malam semalam (9 Okt).

Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 53 tahun, diberkas kerana menyebabkan kematian dengan tindakan terburu-buru, menurut kenyataan polis pagi ini (10 Okt).

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai berusia empat tahun.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan dua pejalan kaki itu pada 6.40 petang.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan tidak sedar semasa dikejarkan ke Hospital Ng Teng  Fong, di mana dia meninggal dunia disebabkan kecederaan-kecederaan yang dialaminya. Seorang lagi pejalan kaki, 37 tahun, berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, menurut pihak polis.

Mediacorp difahamkan pejalan kaki itu adalah pembantu rumah kanak-kanak perempuan yang terkorban. 


Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan