Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bilik darjah masa depan dipaparkan dalam Pameran 'Future of Us'

"Learning Pod" - beberapa program yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) bagi kanak-kanak prasekolah - bertujuan memberikan gambaran tentang bilik darjah pada masa akan datang kepada mereka melalui beberapa siri kegiatan interaktif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Feb 2016 01:24PM Dikemas Kini : 01 Mar 2016 02:13AM

SINGAPURA: "Learning Pod" - beberapa program yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) bagi kanak-kanak prasekolah - bertujuan memberikan gambaran tentang bilik darjah pada masa akan datang kepada mereka melalui beberapa siri kegiatan interaktif.

Ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pameran The Future of Us - acara penutup bagi sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Singapura - program itu bermula hari ini (29 Feb) hingga Rabu (2 Mac).

Encik Gene Tan, Pengarah Kreatif Pameran The Future of Us berkata: "The Future of Us adalah mengenai pelbagai kemungkinan. Maka kami fikir, cara yang terbaik untuk mengadakan pameran ini ialah dengan memperkenalkan elemen permainan."

Menteri Negara Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kewangan Sim Ann mengadakan lawatan ke pameran tersebut hari ini, di mana beliau dapat melihat bagaimana elemen-elemen masa akan datang diterapkan dengan elemen permainan dan pembelajaran.

Program "Learning Pod" itu terbahagi kepada empat komponen: program-program yang tertumpu kepada sains dan kegiatan-kegiatan kreatif seperti kitar semula, zon kegiatan bebas seperti kraf tangan bagi kanak-kanak, mengambil gambar dengan maskot "Learning Pod" dan yang paling menarik - program dengan robot IDA, Pepper, selama 15 minit.

Ini adalah kali pertama Pepper ditampilkan dalam pameran Future of Us dan ia akan bermain, menari dan berinteraksi dengan kanak-kanak di atas pentas dalam satu persembahan istimewa yang diadakan setiap jam, antara pukul 9.00 pagi dengan 4.00 petang setiap hari.

Seorang guru di Prasekolah PCF Sparkletots @ Queenstown berkata: "Mereka (kanak-kanak) menggemari robot yang bernama Pepper itu. Mereka begitu ghairah apabila melihat robot tersebut dan tidak sabar untuk bersalaman dengannya serta mengucapkan 'hello'."

Sekitar 2,000 kanak-kanak dari 50 prasekolah akan mengadakan lawatan ke pameran itu serta "Learning Pod".

Tiket-tiket ke pameran itu adalah percuma dan boleh didapatkan secara online.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan