Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITAMediacorp kongsi dengan pelajar poly cara berita berwibawa dihasilkan

Di tengah-tengah asakan fenomena yang dipanggil ‘berita palsu’, jangkaan berbeza-beza penonton dan pembaca, serta penularan pelbagai maklumat menerusi media sosial, penting untuk mengenali bagaimana berita berwibawa dihasilkan, oleh bilik-bilik berita seperti Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Di tengah-tengah asakan fenomena yang dipanggil ‘berita palsu’, jangkaan berbeza-beza penonton dan pembaca, serta penularan pelbagai maklumat menerusi media sosial, penting untuk mengenali bagaimana berita berwibawa dihasilkan, oleh bilik-bilik berita seperti Mediacorp.

Pendedahan sedemikianlah yang ditimba oleh sekumpulan penuntut diploma Politeknik Singapura, dalam satu sesi perkongsian dengan BERITAMediacorp.

Berita seperti yang anda saksikan ini saban hari disediakan dengan rapi dan profesional oleh agensi berita seperti BBC, CNN, CNA dan juga bilik BERITA di Mediacorp.

Apakah proses-proses penyediaan dan penyuntingan yang perlu dilakukan oleh seseorang wartawan di bilik BERITA Melayu?

Apakah kesukaran dan sensitiviti yang perlu difikirkan sebelum menghasilkan sesuatu berita, yang mengambil kira konteks-konteks masyarakat seperti masyarakat Melayu, konteks agama dan juga konteks negara?

Penjelasan dan cerita-cerita dalaman seperti itu dikongsi wartawan televisyen dan Editor Digital BERITAMediacorp, Daud Yusof, dalam sesi perkongsian dengan para pelajar jurusan penulisan dan media Politeknik Singapura ini.

Penuntut Tahun 2, Diploma Penulisan Kreatif & Media Sosial, Politeknik Singapura, Nur Amira Abdul Rahman berkata: "Dari sesi hari ini kami dapat tahu bagaimana para editor dan wartawan Mediacorp timbangkan apa yang penting, apa yang sesuai untuk penonton-penonton, dan apa yang sesuai bagi komuniti Melayu di Singapura."

Pensyarah Kanan, Diploma Penulisan Kreatif & Media Sosial, Politeknik Singapura, Gamar Abdul Aziz pula berkata: "Saya rasa pendekatan sebegini, kita tidak boleh dapat di tempat-tempat lain.

"Kerana apa yang kita ajar, kewartawanan, kewartawanan digital, kewartawanan digital Melayu digital di Singapura, kita tidak ada buku teks. Kita tidak ada buku yang kita boleh risik dan lihat."

Sesi itu sebahagian daripada inisiatif BERITAMediacorp mendekati golongan pelajar dalam pelbagai aspek, khususnya dalam soal perisian, kewartawanan dan berita Digital.

Para pelajar juga mendengar tentang aspek-aspek teknikal portal BERITAMediacorp dari pakar IT, Iskandar Ramli.

Yang pasti, para pelajar ini juga berpeluang mengajukan pelbagai soalan dan diberikan jawapan serta contoh-contoh konkrit tentang soal penggunaan Bahasa rentas budaya, kontroversi seperti isu Israel-Palestin, serta peri penting dan uniknya BERITA Melayu.

Penuntut Tahun 2, Diploma Penulisan Kreatif & Media Sosial, Politeknik Singapura, 'Alyaa Iman Imran, berkata: "Saya harapkan lebih ramai remaja akan tengok berita di televisyen. Sebab dibandingkan dengan berita yang kita tengok di media sosial, berita di televisyen lebih menyeluruh, ada lebih isi, dan boleh dipercayai."

Di akhir sesi itu, para penuntut ini sendiri secara praktikal cuba menghasilkan idea-idea berita yang boleh dijadikan bahan tontonan.

Hasil-hasil karya mereka mungkin ditayangkan dalam siaran BERITA di televiyen. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan