Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Wawancara bersama Mufti Dr Fatris Bakaram dan Dr Afifi al-Atiki mengenai isu pengganasan

BERITA EKSTRA: Wawancara bersama Mufti Dr Fatris Bakaram dan Dr Afifi al-Atiki mengenai isu pengganasan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2015 08:19PM Dikemas Kini : 17 Apr 2015 07:51AM

SINGAPURA: Beberapa ulama yang juga ahli akademik memberikan pandangan mereka mengenai ancaman pengganasan dewasa ini, semasa Simposium Asia Timur mengenai Pemulihan Keagamaan dan Integrasi Sosial, yang diadakan di Singapura.

Kami sempat mewawancara beberapa ulama terkenal, termasuk Mufti Negara Singapura Dr Fatris Bakaram, dan pensyarah pengajian Islam, di Fakulti Teologi di Universiti Oxford, Shaykh Dato’ Dr Afifi al-Akiti.

Mufti Dr Fatris antara lain berkata, penting membincangkan secara terbuka masalah-masalah yang dihadapi orang muslim pada hari ini. Pengganas menyalahgunakan nama dan tafsiran ayat Quran dan Hadith.

“Maka kita harus bincang secara terbuka. Dan saya merasakan bahawa terdapat keresahan ataupun keinginan keghairahan golongan tertentu terutama sekali golongan muda untuk melakukan sesuatu untuk mengubah ketidak-adilan di dunia. Maka itu tidak boleh ditangani dalam bentuk mematikan keghairahan tersebut tetapi menyalurkan keghairahan dan keinginan itu kepada sesuatu yang positif,” hujah Dr Fatris.

Shaykh Dato Dr Afifi, dalam membahaskan soal pengganasan yang melibatkan masyarakat Islam, menyindir sikap sebahagian ulama sendiri dengan berkata: “Sekarang ini masalahnya kadang-kadang ulama kita di Nusantara ini lebih sibuk dengan isu sama ada yoga ini haram atau tidak contohnya. (Sedangkan) Isu yang lebih penting untuk kita depani dan hadapi adalah contoh yang sebegini (pengganasan) iaitu ini adalah contoh ajaran sesat di mana ulama-ulama Islam memang bertanggungjawab untuk membanteras dan untuk mengemukakan dalil-dalil yang bukan sahaja daripada Quran dan Sunnah tetapi yang dalil yang masuk akal."

Dr Fatris pula berkongsi betapa salah satu cabaran yang dihadapi umat Islam ialah keengganan sebilangan ulama untuk masuk gelanggang menentang isu pengganasan kerana “takut jadi tidak popular”.

Ini kata beliau satu cabaran psikologi bagi masyarakat muslim sendiri. Lantaran itu, Dr Fatris percaya, para ulama dan pensyarah agama perlu berdiri, membina keyakinan diri, demi membawa golongan belia ke jalan yang benar.

Dr Afifi pula menambah, betapa masyarakat perlu merekrut ulama-ulama yang berkarisma, untuk menambat perhatian perhatian golongan muda dalam perang siber menentang kumpulan pengganas seperti IS atau ISIS.

Ikuti wawancara penuh bersama Dr Fatris Bakaran, Dr Afifi al-Atiki dan Dr Mohamad Ali dalam wawancara di mana mereka berkongsi pandangan mereka secara mendalam ini, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ikuti video berikut di atas.


Sumber : BERITA Mediacorp/diwai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan