Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Antara persembahan pelajar dalam Pesta Bahasa 2015

Pesta Bahasa berlangsung di Kelab Masyarakat Kolam Ayer, pada 11 April. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2015 03:12PM Dikemas Kini : 16 Apr 2015 08:30PM

SINGAPURA: Pesta Bahasa berlangsung di Kelab Masyarakat Kolam Ayer, pada 11 April. Pesta tersebut merupakan wadah bagi pelajar sekolah rendah menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai aspek budaya dan bahasa Melayu.

Ada di antara mereka berlakon dan berlawak. Ada yang menyanyi. Ada pula sebahagiannya yang menggunakan kaedah ‘rap’ untuk menonjolkan kekayaan penggunaan Bahasa Melayu. Ada di antara mereka begitu kelakar dan menghiburkan sehingga membuatkan tetamu terhormat, Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim tertawa besar.

Ikuti klip BERITA EKSTRA ini untuk menikmati persembahan-persembahan para pelajar yang bertanding.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan