Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belia pecut Nissan GT-R rempuh Toyota ditangkap

Seorang belia berusia 18 tahun ditangkap semalam (29 Ogos) kerana memandu secara berbahaya setelah kereta Nissan GT-R yang dipandunya merempuh sebuah kereta Toyota.

Anggaran Waktu Membaca:
Belia pecut Nissan GT-R rempuh Toyota ditangkap

Nissan GT-R yang merempuh kereta Toyota. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 30 Aug 2016 07:51AM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 07:55AM

SINGAPURA: Seorang belia berusia 18 tahun ditangkap semalam (29 Ogos) kerana memandu secara berbahaya setelah kereta Nissan GT-R yang dipandunya merempuh sebuah kereta Toyota.

Remaja itu disyaki berlumba secara haram di tempat meletak kereta terbuka berdekatan Stadium Road, menurut polis dalam kenyataan media.

Kemalangan itu berlaku pada hari Sabtu (27 Ogos) sekitar pukul 6.30 petang.

Menurut polis, Nissan GT-R itu dipercayai dipandu laju sebelum perlanggaran tersebut berlaku.

Kedua-dua kereta rosak teruk akibat kemalangan tersebut dan pemandu Toyota yang berusia 65 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk beliau.

Menurut polis, suspek ditangkap semalam dan lesen memandunya digantung serta merta.

Nissan GT-R yang terlibat dalam kemalangan itu juga sudah dirampas oleh Polis Trafik.

Para pengguna jalan raya yang didapati bersalah atas kesalahan sedemikian boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan dan didenda antara $1,000 dengan $2,000.

Pesalah bentan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan dan didenda antara $2,000 dengan $3,000.

Para pengguna jalan raya yang disabit kesalahan memandu secara berbahaya boleh didenda sehingga $3,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pesalah bentan pula boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Breaking news!! Footage of an R35 GTR crashing into Toyota Altis at Kallang Carpark. Happened today 27th August...

Posted by Mazda Club Singapore on  Saturday, 27 August 2016

"Polis Trafik memandang serius terhadap perbuatan memandu secara berbahaya kerana ia meletakkan nyawa para pemandu dan pengguna jalan raya yang lain dalam bahaya. Para pemandu yang tidak bertanggungjawab akan dihukum sewajarnya mengikut undang-undang," menurut polis.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan