Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengurus bank peribadi BSI Singapore yang terlibat dalam siasatan 1MDB didakwa

Bekas pengurus bank bagi harta perbadi Yeo Jiawei didakwa di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius kerana mendapat hartanah sebagai sebahagian daripada kegiatan jenayahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengurus bank peribadi BSI Singapore yang terlibat dalam siasatan 1MDB didakwa

Logo 1MDB. (Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 22 Apr 2016 03:11PM Dikemas Kini : 22 Apr 2016 08:54PM

SINGAPURA: Bekas pengurus bank peribadi Yeo Jiawei didakwa di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius kerana mendapat habuan dalam bentuk hartanah sebagai sebahagian daripada kegiatan jenayahnya.

Menurut dokumen mahkamah, Yeo, 33 tahun menerima S$200,000 dalam akaun Bank of China yang "membentuk sebahagian daripada habuan yang diterima kerana menipu", sekaligus melakukan jenayah di bawah akta tersebut.

Dia didakwa pada 15 April berhubung dokumen-dokumen yang diperolehi Jabatan Ehwal Komersil.

Dalam laporan Bloomberg yang berasingan, Yeo dilaporkan didakwa menyusuli siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Singapura terhadap dana 1MDB.

Bekas pengurus bank itu dipercayai menyarankan produk-produk pelaburan kepada 1MDB dan disoal siasat sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Singapura.

Menurut Bloomberg, ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada orang-orang yang mengetahui tentang kes tersebut.

Yeo berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali, menurut dokumen mahkamah.

Dakwaan terhadap Yeo adalah antara dakwaan rasmi yang pertama daripada siasatan 1MDB, menurut Bloomberg.

Seorang lagi bekas eksekutif BSI SIngapura Yak Yew Chee, juga sedang disoal siasat dan akaun banknya dibekukan.

CAD dan Penguasa Kewangan Singapura pada bulan Februari lalu mengumumkan bahawa mereka sudahpun merampas sejumlah akaun yang ada kaitan dengan siasatan 1MDB.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan