Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa minggu lagi: Penerbangan komersil pertama di Terminal 4 Changi

CAG menambah tarikh perasmian Terminal 4 akan ditetapkan setelah semua ujian menunjukkan tanda ia sedia untuk beroperasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa minggu lagi: Penerbangan komersil pertama di Terminal 4 Changi

Kawasan masuk pesawat di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Facebook/ Changi Airport)

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi akan menyaksikan penerbangan komersil pertamanya mendarat dan berlepas dari Terminal 4 pada minggu-minggu mendatang.

Ini sebagai sebahagian daripada fasa-fasa terakhir ujian menjelang perasmian terminal baru itu, menurut Changi Airport Group (CAG) hari ini (21 Jun).

Ujian-ujian itu melibatkan beberapa penerbangan terpilih oleh syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di terminal berkenaan.

Ia termasuk syarikat Cathay Pacific, Cebu Pacific, Korean Air, Spring Airlines, Vietnam Airlines dan juga empat penerbangan AirAsia.

Ia akan menyediakan peluang untuk mengenal pasti kekurangan yang mungkin tidak dapat ditentukan sebelum ini, menurut CAG, sambil menambah ujian-ujian penerbangan baru-baru ini melibatkan pesawat tentera yang ditempah khas.

CAG menambah pada beberapa bulan kebelakangan ini, para relawan memainkan peranan sebagai penumpang untuk menguji sistem dan proses terminal itu - termasuk pilihan pemeriksaan poasport Pantas dan Lancar (FAST), pemeriksaan keselamatan dan menuntut balik bagasi.

Sistem FAST itu termasuk kios-kios mendapatkan maklumat penempahan penerbangan dan juga pencentakan pas masuk pesawat dan tag beg.

Ia juga menampilkan sistem automatik bagasi, pelepasan imigresen dan pagar masuk - semua dilengkapi dengan teknologi pengesanan wajah.

Identiti para penumpang disahkan melalui pemadanan wajah mereka dengan gambar pasport mereka.

CAG menambah tarikh perasmian Terminal 4 akan ditetapkan setelah semua ujian menunjukkan tanda ia sedia untuk beroperasi. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan