Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa mayat askar AS ditemui selepas operasi mencari kapal USS John S McCain

Mayat beberapa askar Amerika Syarikat yang hilang sudah ditemui. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2017 07:43PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 10:42PM

SINGAPURA: Mayat beberapa askar Amerika Syarikat yang hilang sudah ditemui.

Ini setelah para penyelam memulakan operasi pencarian semalam (22 Ogos) di bahagian-bahagian yang tertutup di dalam kapal perang USS John S McCain.

Malaysia pula menyatakan salah satu mayat yang ditemuinya semalam akan diserahkan kepada pihak Amerika hari ini.

Sementara itu, gerakan mencari askar-askar Amerika yang hilang masih diteruskan untuk hari ketiga.

Menurut Tentera Laut Amerika khidmat kaunseling kini disediakan bagi para kelasi yang terjejas.

Sebuah pasukan psikiatrik khas juga diterbangkan ke Singapura bagi memberikan sokongan mental.

Dalam pada itu, beberapa laporan media menyatakan komander armada ketujuh Angkatan Tentera Laut Amerika, Naib Laksamana Joseph Aucoin sudahpun digugurkan daripada tugasnya.

Ini menyusuli satu siri pelanggaran melibatkan kapal-kapal perang Amerika di Asia, termasuk yang terbaru di perairan Singapura.

Menurut laporan Reuters, seorang pegawai Amerika berkata peralihan pucuk kepimpinan itu perlu dipercepatkan.

Namun Tentera Laut Amerika enggan memberikan sebarang komen.

Encik Aucoin dipercayai akan digantikan dengan Laksama Scott Swift, komander Armada Pasifik Amerika Syarikat.

Namun, tidak jelas bila ia akan diumumkan secara rasmi. 

Sumber : CNA/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan