Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa khidmat DBS dan POSB terjejas oleh 'isu ketersambungan'

Beberapa  pelanggan DBS dan POSB tidak mendapat akses kepada beberapa khidmat bank bagi jangka pendek pada Khamis (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa khidmat DBS dan POSB terjejas oleh 'isu ketersambungan'

Gambar fail mesin-mesin ATM yang terletak di luar sebuah bank DBS.

Diterbitkan : 14 Dec 2017 09:42PM Dikemas Kini : 14 Dec 2017 09:49PM

SINGAPURA: Beberapa pelanggan DBS dan POSB tidak mendapat akses kepada beberapa khidmat bank bagi jangka pendek pada Khamis (14 Dis).

Bank tersebut menyatakan ia disebabkan "isu ketersambungan sekali-sekala pada rangkaian khidmat ".

Dari sekitar 4.30 petang, beberapa pengguna melaporkan tidak dapat membuat pemindahan wang tunai atau memasukkan syiling ke dalam mesin-mesin ATM.

Beberapa pelanggan juga mendakwa khidmat ATM "tidak disambung dalam talian di seluruh negara".

Seorang pelanggan juga mendakwa beliau diberitahu oleh khidmat pelanggan menerusi telefon bahawa khidmat bank tidak berfungsi.

Seorang jurucakap DBS memberitahu Mediacorp bahawa "beberapa khidmat bank terjejas oleh isu ketersambungan sekali-sekala pada rangkaian khidmat ".

Khidmat-khidmat berkenaan katanya "dipulihkan dengan segera" dan gangguan itu bukanlah isu yang menjejas seluruh negara.

Pada sekitar 6.15 petang, DBS dan POSB membalas para pengguna yang terjejas melalui Twitter dengan respons yang serupa.

"Kami meminta maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku," menurut kedua-dua bank itu. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan