Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa industri laksanakan langkah sokong pekerja

Perkara itu ditimbulkan semasa satu sesi dialog antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan para pemimpin kesatuan sekerja baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2017 08:06PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 09:37PM

SINGAPURA: Beberapa industri sudah melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong para pekerja yang diberhentikan dan meningkatkan kemahiran kakitangan.

Perkara itu ditimbulkan semasa satu sesi dialog antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan para pemimpin kesatuan sekerja baru-baru ini.

Walaupun ekonomi Singapura masih berkembang, perubahan struktur dalam pasaran bermakna, beberapa sektor menunjukkan prestasi lebih baik berbanding yang lain.

Salah satu industri yang kini mengalami penguncupan adalah kejuruteraan lepas pantai dan marin.

Kesatuan sekerja sektor itu menganjurkan pameran pekerjaan untuk membantu para pekerja yang diberhentikan dengan tumpuan khusus diberi pada sektor-sektor yang sedang mencari pekerja.

Ini, kata PM Lee, adalah satu huraian baik kerana para pekerja boleh memindahkan kemahiran mereka, meskipun jika mereka bertukar bidang.

PM Lee berkata, yang paling utama adalah untuk membantu mereka mencari pekerjaan lain.

Ini boleh dilakukan kerana terdapat sektor-sektor lain seperti aeroangkasa yang masih mencari jurutera dengan kemahiran seperti mereka.

Industri pelabuhan pula mengalami pertumbuhan.

Untuk memastikan ia kekal berdaya saing dan daya penghasilannya tinggi, pihak berkuasa menguji kenderaan berautomasi sedang mereka melatih para pemandu untuk pekerjaan lain dalam sektor tersebut.

Memandang ke hadapan, Encik Lee menggalak para pemimpin kesatuan sekerja supaya bekerja keras dengan rakan-rakan tiga pihak untuk masa depan yang lebih baik. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan