Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BCA perkenalkan rangka kerja penyenggaraan muka bangunan

Satu rangka kerja untuk mereka bangunan yang mudah dijaga serta peraturan lebih ketat untuk menyenggarakan muka bangunan.

Anggaran Waktu Membaca:
BCA perkenalkan rangka kerja penyenggaraan muka bangunan

Gambar fail flat-flat HDB. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 28 May 2017 07:17PM Dikemas Kini : 28 May 2017 07:33PM

SINGAPURA: Satu rangka kerja untuk mereka bangunan yang mudah dijaga serta peraturan lebih ketat untuk menyenggarakan muka bangunan.

Ini adalah beberapa langkah yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, oleh Penguasa Binaan dan Bangunan BCA.

Penyenggaraan adalah cabaran besar selanjutnya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif BCA yang bakal berundur Dr John Keung.

Oleh itu, agensi tersebut akan memperkenalkan beberapa langkah baru untuk menanganinya.

Untuk membantu para arkitek dan jurutera mereka bangunan yang mudah dan selamat disenggarakan, garis panduan baru akan dilaksanakan menjelang hujung tahun ini.

Ia akan menangani isu seperti cara untuk memudahkan para pekerja membersihkan bangunan hingga ke jenis cat yang digunakan.

Peraturan lebih ketat juga akan dilaksanakan ke atas penyenggaraaan muka bangunan.

Ini dilakukan sedang jumlah warga tua Singapura semakin meningkat, lantas isu keselamatan mungkin menimbulkan lebih keprihatinan.

Bagi usaha untuk meningkatkan mutu khidmat lif. pemerintah sedang mengkaji cara untuk memanfaatkan teknologi.

Misalnya, ia sedang mengkaji alat sensor yang membolehkan syarikat-syarikat memantau mutu khidmat lif dari lokasi berlainan.

Ini akan membantu mengurangkan keperluan tenaga manusia, di masa Singapura sedang berusaha menarik lebih banyak teknisyen.

Akademi BCA juga akan membina dua bangunan baru.

Sebuah bangunan tujuh tingkat akan dibangunkan menggunakan kayu jisim buatan.

Sebuah bangunan 20 tingkat juga kana dibina menggunakan kaedah bangunan seperti "lego" atau teknologi PPVC yang mana unit-unitnya dihasilkan dan disiapkan di kilang, sebelum ia dicantumkan di tapak binaan.

Bangunan-bangunan baru itu akan menempatkan makmal dan bilik darjah baru.

Agensi itu berharap ia akan selesai dibina dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan