Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BCA keluarkan arahan agar operasi menara Tiger Sky Tower digantung

Namun tiada perincian diberikan mengenai apa yang mungkin menyebabkan "kerosakan sistem" itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2017 08:07PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 09:25PM

SINGAPURA: Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) mengeluarkan arahan agar menara berputar Tiger Sky Tower digantung operasinya.

Ini menyusuli kejadian semalam (12 Ogos) di mana seramai 39 orang terkandas di dalam gondola selama lebih empat jam akibat kerosakan mekanikal.

Pagi tadi, beberapa pengunjung kecewa apabila dimaklumkan bahawa Sentosa Tiger Sky Tower masih ditutup.

Punca kejadian masih belum diketahui namun pihak pengendali berkata beberapa jenis pemeriksaan dijalankan ke atas kapsul itu secara kerap.

Selain melakukan ujian percubaan, pihaknya juga memeriksa peralatan-peralatan penting di menara itu dan juga menjalankan latihan pemindahan.

Pengarah Sky Tower Pte. Ltd. Alexander Melchers berkata: "Apabila menara itu berhenti berfungsi, para jurutera kami cuba memperbaikinya dahulu. Kami mempunyai sebuah alat pengawalan dari jauh yang boleh memintas sistem kami dan apabila para jurutera kami tidak dapat memperbetulkan sistem dengan cara itu dan menghidupkannya semula, kami memanggil para renjer dan melakukan apa yang kami panggil latihan 'winching'. Jadi kapsul itu diangkat dengan win secara manual."

Namun ia tidak membuahkan hasil. Oleh itu mereka cuba menghidupkan semula sistem tersebut sekali lagi dan berjaya menurunkan kapsul tersebut beberapa jam kemudian.

Seorang pakar berkata operasi menyelamat yang mengambil masa yang lama itu bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.

Beliau menambah masalah itu mungkin disebabkan oleh kesilapan manusia.

Hari ini, para jurutera BCA tiba di tempat kejadian bagi menyiasat punca kerosakan.

Namun tiada perincian diberikan mengenai apa yang mungkin menyebabkan "kerosakan sistem" itu.

Menara itu ditutup sehingga diberitahu kelak. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan