Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BCA gantung operasi tangga bergerak di White Sands selepas kaki budak perempuan tersangkut

AsiaMalls, yang mengurus White Sands, semalam menyatakan ia akan menutup tangga bergerak tersebut sehingga notis lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2017 06:34PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 09:54PM

SINGAPURA: Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) hari ini (12 Ogos) menggantung operasi sebuah tangga bergerak di pusat beli-belah White Sands selepas kaki kanan seorang budak perempuan berusia empat tahun tersangkut sehingga dia cedera.

Dalam satu kenyataan kepada pihak media, BCA menyatakan ia dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di Pasir Ris itu pada malam semalam.

Kasut seorang kanak-kanak berusia empat tahun tersangkut di tangga bergerak itu sekitar 9.30 malam semasa budak berkenaan turun dari tingkat dua ke tingkat satu.

Kaki kanannya cedera dan dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

BCA menyatakan selepas para jututeranya memeriksa tangga bergerak itu pada 11.00 malam semalam, mereka mendapati ada ruang pada tangga bergerak berkenaan di mana kasut mangsa tersangkut.

Bagaimanapun lubang itu mematuhi kod keperluan yang ada kini.

"Bagaimanapun, demi keselamatan orang ramai, BCA akan menggantung operasi tangga bergerak itu dan mengarah pemilik untuk mendapatkan khidmat Pemeriksa Bertauliah (AE) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden itu," menurut BCA.

AE itu juga akan menyarankan kerja-kerja pembaikan ke atas tangga bergerak berkenaan di mana salah satu anak tangga tidak lagi lurus disebabkan operasi menyelamat, tambah BCA.

AsiaMalls, yang mengurus White Sands, semalam menyatakan ia akan menutup tangga bergerak tersebut sehingga notis lanjut. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan