Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar Ramadan di Hab Tampines dilancarkan malam ini

Kehadiran gerai-gerai dari enam negara di bazar Ramadan di Hab Tampines, diharap dapat menyebarkan mesej pemahaman, hormat dan keamanan di kalangan warga berbeza dan menghargai kepelbagaian budaya di sekeliling kita.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kehadiran gerai-gerai dari enam negara di bazar Ramadan di Hab Tampines, diharap dapat menyebarkan mesej pemahaman, hormat dan keamanan di kalangan warga berbeza dan menghargai kepelbagaian budaya di sekeliling kita.

Ini lebih-lebih lagi dalam masa yang tidak menentu seperti sekarang ini.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata demikian di pelancaran bazar raya pertama di Hab Tampines malam ini (28 Mei).

"Ini adalah tahun kelima Tampines menganjurkan Bazar Hari Raya. Sejak projek ini dilancarkan, ia telah menarik puluhan ribu pengunjung dari berbagai kaum.
Ini sangat menggembirakan kami. Saya harap semangat muhibah ini akan berterusan dan dikukuhkan lagi tahun ini. Terima kasih kepada rakan-rakan dari luar negara yang mengambil bahagian di Bazar Hari Raya Tampines tahun ini. Marilah kita sama-sama menjalin persahabatan antara satu sama lain," kata Encik Heng.

Encik Heng bersama para Anggota Parlimen GRC Tampines yang lain melancarkan pembukaan bazar di Hab Tampines itu.

Dalam ucapannya, Encik Heng turut berkata bazar tersebut merupakan peluang bagi penduduk Tampines bukan Islam turut merasakan keunikan bulan Ramadan ini.

Pada masa yang sama mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.

Bahkan yang lebih penting, bazar ini menjadi satu perayaan masyarakat majmuk Singapura.

Terdapat 120 gerai di bazar Hab Tampines ini.

Selain gerai-gerai makanan dan produk gaya hidup yang biasa didapati di bazar lain, antara keunikan bazar Hab Tampines adalah gerai-gerai antarabangsa milik kedutaan Brunei, Iran, Jepun, Maghribi dan Uzbekistan.

"Bazar ini adalah salah satu acara yang kita wujudkan untuk masyarakat Tampines untuk berkumpul di Hab Tampines bersama keluarga dan teman-teman. Acara hari ini adalah acara khusus untuk orang Melayu/Islam, tetapi ia juga dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat Singapura dan juga di Tampines. Inilah satu ciri istimewa Singapura di mana kami merayakan semua sekali perayaan kaum-kaum kita di Singapura," kata Encik Masagos.

Orang ramai boleh terus menikmati pelbagai tawaran istimewa di Hab Tampines ini sehingga 23 hari bulan depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan