Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bazar baru di Hab Tampines tawarkan gaya hidup dari kedutaan-kedutaan luar negara

Sebuah bazar baru di Hab Tampines menanti kunjungan orang ramai pada bulan Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah bazar baru di Hab Tampines menanti kunjungan orang ramai pada bulan Ramadan ini.

Diadakan buat julung-julung kalinya, ia menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung dengan penyertaan gerai-gerai pakaian, makanan dan gaya hidup dari kedutaan-kedutaan luar negara.

BERITAMediacorp meninjau-ninjau persiapan menjelang perasmian bazar itu pada hujung minggu ini.

Moden namun menerapkan unsur-unsur yang dekat di hati masyarakat Melayu.

Berkonsepkan butik dan gerai berjenama, Bazar Hari Raya di Hab Tampines itu dijangka akan memikat sekurang-kurangnya 30,000 pengunjung dari merata Singapura.

"Dengan adanya Bazar Hari Raya ini, kami akan mempertingkatkan usaha untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung. Kami juga akan bekerjasama dengan pegerai-pegerai bazar dan OTH untuk promosi khas sepanjang Ramadan ini.

"Kami yakin Bazar Hari Raya tahun ini akan disambut baik, apatah lagi kerana ia akan diadakan di pusat masyarakat yang serba baru ini," kata seorang jurucakap bazar Ramadan Tampines Hab.

Malah, anjuran bazar Ramadan buat pertama kalinya di sini juga menerima sokongan memberangsangkan daripada para peniaga.

Sebanyak 90% daripada 120 gerai yang ditawarkan sudahpun ditempah.

Lebih tepat lagi, bazar dalam bangunan itu bakal menampilkan beraneka jenis juadah, pakaian, dan produk gaya hidup daripada 108 gerai.

Antaranya merupakan milik kedutaan-kedutaan dari Brunei, Iran, Jepun, Maghribi, Kazakhstan dan Uzbekistan.

Pada setiap hujung minggu, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan secara 'live' oleh barisan artis terkenal tanah air dan dari luar negara.

(Gambar-gambar: Facebook/ Our Tampines Hub)

Bagi si cilik pula, pelbagai kegiatan seni kraf tangan seperti melukis layang-layang menanti mereka.

Namun, bazar itu bukan sekadar satu lagi bazar juadah buka puasa atau membeli-belah.

Sebaliknya, ia turut diselitkan dengan kegiatan merekrut relawan
bagi menggalak masyarakat Melayu, khususnya, untuk menceburi dan berjinak-jinak dengan kerja sukarela.

Bazar itu dibuka kepada orang ramai sehingga 23 Jun nanti.

Perasmiannya pula akan berlangsung esok dengan dihadiri Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan