Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayi SG50: 33,725 dilahirkan pada 2015, tertinggi dalam 13 tahun

Lebih ramai pasangan di sini menimang cahaya mata dalam tahun Jubli Emas Singapura, hingga mencatat jumlah kelahiran bayi tertinggi dalam masa 13 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi SG50: 33,725 dilahirkan pada 2015, tertinggi dalam 13 tahun

Bayi kembar Charlotte dan Colette dilahirkan pada 2015, tahun Jubli Singapura. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 04:42PM Dikemas Kini : 27 Sep 2016 05:14PM

SINGAPURA: Lebih ramai pasangan di sini menimang cahaya mata dalam tahun Jubli Emas Singapura, hingga mencatat jumlah kelahiran bayi tertinggi dalam masa 13 tahun.

Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) hari ini (27 Sep).

Sebanyak 33,725 bayi warga Singapura - bayi yang dilahirkan untuk sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa warga Singapura - dilahirkan tahun lalu, lebih tinggi berbanding tahun Naga 2012, iaitu tahun dianggap bertuah bagi pasangan-pasangan Cina mendapat anak; namun lebih kurang berbanding 35,300 pada 2002.

Bagaimanapun, kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura merosot kepada 1.24 tahun lalu, berbanding 1.25 pada 2014. Terdapat sedikit peningkatan pada TFR bagi kaum Melayu dan India, namun kadar itu merosot bagi orang Cina di sini, menurut NPTD dalam laporan sekilas Kependudukan tahunannya.

Usia median bagi ibu-ibu Singapura melahirkan anak sulung adalah 30.3 tahun, tidak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Selain melalui imigresen, kerakyatan Singapura juga diberikan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu bapa warga Singapura. Tahun lalu, kanak-kanak sedemikian membentuk kurang 1,600 atau sekitar 8 peratus daripada kerakyatan-kerakyatan baru yang diberikan.

MAKIN KURANG WARGA BERKAHWIN

Terdapat 23,805 perkahwinan warga Singapura pada 2015, rendah sedikit berbanding 24,000 pada 2014 namun masih lebih tinggi berbanding purata dekad ini iaitu 21,900.

Lebih sepertiga perkahwinan itu, atau 8,562, melibatkan pasangan-pasangan warga asing, merosot berbanding 8,868 pada 2014. Dua daripada 10 dari semua perkahwinan itu adalah perkahwinan campur, menurut laporan NPTD itu.

Usia median bagi perkahwinan pertama di Singapura adalah 27.9 tahun bagi wanita Singapura dan 30.1 tahun bagi lelaki, tidak berubah berbanding tahun sebelumnya, tambahnya.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan