Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayar tambang tanpa perlu 'imbas' kad EZ-Link? Ujiannya dijalankan tahun depan

Tidak lama lagi, anda tidak perlu lagi merungut kerana terpaksa menunggu penumpang di hadapan anda yang tercari-cari kad EZ-Link mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2017 04:58PM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 09:38PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, anda tidak perlu lagi merungut kerana terpaksa menunggu penumpang di hadapan anda yang tercari-cari kad EZ-Link mereka. Atau terpaksa berdepan dengan kerenah penumpang yang mengimbas kad tambang mereka dengan beg-beg mereka sekali di gantri MRT.

Ini kerana percubaan bagi sistem mengutip tambang pengangkutan secara automatik - tanpa seseorang penumpang perlu mengimbas kad secara fizikal - akan dijalankan tidak lama lagi.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan percubaan akan dijalankan di stesen-stesen MRT. Namun bilangan stesen yang terlibat hanya akan diumumkan berdekatan dengan tarikh percubaan sistem tersebut dijalankan.

Contoh gantri yang mempunyai sistem seperti itu dipamerkan hari ini (12 Okt) di pameran Masa Depan Pengangkutan, yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri Pengangkutan Asean tahun ini.

Sistem "bebas tangan" itu menggunakan teknologi pengenalan frekuensi radio jarak jauh, atau RFID, untuk mengesan kad tambang seseorang penumpang, dan memotong harga tambang dengan tepat.

Pada tahap percubaan ini, LTA juga akan menguji penggunaan teknologi Bluetooth, yang juga tidak memerlukan penumpang untuk mengimbas kad mereka apabila melalui gantri.

Kad tambang yang kini digunakan untuk membayar pengangkutan awam, termasuk EZ-Link atau Nets Flashpay, tidak menggunakan teknologi RFID jarak jauh. Sebaliknya, para penumpang perlu mengimbas kad mereka pada jarak yang dekat dengan alat pembaca kad.

Pada tahun 2015, LTA mengumpul maklum balas bagi sistem pengumpulan tambang automatik "bebas tangan".

Ia kemudian dilaporkan menimbangkan dua konsep. Pertama, konsep 'Walk In Walk Out' yang mengesan kehadiran penumpang di bahagian masuk dan keluar gantri. Kedua, konsep 'Be In Be Out' yang mengesan lokasi penumpang sepanjang perjalanannya untuk menentukan tambang yang perlu dibayar.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan