Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Batalion Pertama Komando menang Unit Penggempur terbaik tahun ke-14 berturut-turut

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) memberi penghormatan kepada unit-unit terbaiknya hari ini (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Batalion Pertama Komando menang Unit Penggempur terbaik tahun ke-14 berturut-turut

Batalion Pertama Komando di Perbarisan Hari Kebangsaan 2016. (Gambar: The Singapore Army/Facebook)

Diterbitkan : 28 Jun 2017 09:10PM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 09:14PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) memberi penghormatan kepada unit-unit terbaiknya hari ini (28 Jun).

Kapal RSS Steadfast dari Angkatan tentera laut Singapura merangkul anugerah Unit ketumbukan terbaik buat pertama kalinya.

Batalion Pertama Komando, diiktiraf sebagai Unit Penggempur terbaik buat tahun ke-14.

Para komandonya mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang seperti operasi udara, pengintipan dan misi serangan.

Ini merupakan kemenangan ke-31 unit tersebut sejak pertandingan dimulakan pada 1969.

"Saya rasa sangat bangga menjadi seorang komando kerana tidak semua mempunyai peluang emas ini," ujar Korporal Muhammad Haidhir Jasmani, salah seorang komando dari unit tersebut.

Beliau menambah: "Keluarga saya sentiasa ada untuk memberi saya sokongan emosi untuk melalui latihan-latihan yang susah."

Sementara itu, Skuadron 143 Angkatan tentera udara Singapura dinobatkan sebagai Skuadron Pejuang terbaik.

Kesemuanya 18 unit perkhidmatan aktif dan 11 unit Perkhidmatan Negara diiktiraf sebagai yang terbaik tahun ini.

Semua pemenang akan menerima anugerah daripada Presiden Tony Tan dan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen semasa Perbarisan Hari SAF pada Sabtu ini. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan