Images
  • 3 door bus
    Bas tiga pintu bagi khidmat 190 akan dijalankan selama tiga bulan dan khidmat bas 901 pula dilancarkan selama tiga bulan lagi pada tarikh lebih lewat. (Gambar: Rachel Phua).

Bas 3 pintu baru dilancar dalam percubaan 6 bulan

SINGAPURA: Para penumpang bas nombor 190 tidak lama lagi dapat menaiki bas yang mempunyai tiga pintu.

Ia adalah sebahagian daripada tempoh percubaan enam bulan yang dilakukan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memudahkan pergerakan para penumpang bas.

Percubaan itu akan dijalankan pada khidmat bas 190 selama tiga bulan dan khidmat bas 901 selama tiga bulan lagi yang akan bermula pada tarikh lebih lewat.

Antara ciri-ciri baru di dalam bas tiga pintu termasuk kerusi-kerusi yang mempunyai tempat sandar kepala lebih tinggi.

Selain itu ada tempat berdiri di bahagian belakang dekat dengan pintu ketiga.

Untuk membantu para pengguna kerusi roda pula, terdapat tempat letak tangan mudah alih untuk mereka. 

- CNA/im

Top