Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bapa yang dituduh dera anak secara seksual jumpa doktor sebulan sebelum perbicaraan

Seorang bapa yang dituduh mendera secara seksual anak perempuannya, berjumpa doktor berhubung prosedur membesarkan zakarnya yang tidak berjaya membuah hasil, hanya sebulan sebelum perbicaraannya di mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa yang dituduh dera anak secara seksual jumpa doktor sebulan sebelum perbicaraan

Gambar hiasan. (Gambar: Channel News Asia)

SINGAPURA: Seorang bapa yang dituduh mendera secara seksual anak perempuannya, berjumpa doktor berhubung prosedur membesarkan zakarnya yang tidak berjaya membuah hasil, hanya sebulan sebelum perbicaraannya di mahkamah.

Lelaki berusia 42 tahun itu sudah didakwa menyerang anak perempuannya secara seksual selama dua tahun sejak 2011, selepas kanak-kanak itu meningkat usia 11 tahun, dan serangan itu hanya berakhir pada 2014 selepas mangsa memberitahu ibunya tentang hal itu.

Lelaki itu mendakwa kepada mahkamah, prosedur yang gagal itu, yang dijalaninya pada 2009, menyebabkan zakarnya menjadi cacat, sakit dan mengeluarkan nanah, hingga dia tidak dapat mengadakan hubungan seks. Namun, dia tidak berjumpa doktor tentang hal itu sehingga tujuh tahun kemudian pada 2016.

Ahli urologi Dr Lee Fang Jann memeriksa tertuduh pada Oktober tahun lalu, sebulan sebelum perbicaraannya. Beliau memberi keterangan di mahkamah semalam (23 Jan) bahawa lelaki itu datang ke kliniknya di Hospital Besar Singapura dengan surat dari peguamnya.

Surat itu menyatakan pesakit terbabit mempunyai kes mahkamah yang belum diselesaikan, dan meminta doktor memeriksa zakar lelaki itu dan memberikan pandangan pakarnya sama ada dia boleh mengadakan hubungan seks dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Dr Lee berkata ia tidak mungkin berlaku kerana akibat saiz zakarnya yang cacat, hubungan seks "akan memerlukan tekanan yang agak banyak, dan ia akan menyakitkan dia dan pasangannya."

Namun, beliau tidak langsung mengecualikan kemungkinan itu, dan bersetuju ia boleh berlaku jika pelincir digunakan.

Mangsa, kini 16 tahun, memberitahu mahkamah bapanya kadangkala menggunakan minyak zaitun atau gel rambut saudara lelakinya terhadapnya sebelum setiap serangan seksual.

Dr Lee juga berkata sukar untuk mengatakan bila prosedur yang gagal itu dijalankan, namun menganggarkan ia mungkin boleh dijalankan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum dia diperiksa pada Oktober, antara September 2015 dengan April 2016.

"Ini ketika keterangan-keterangan (tertuduh) diambil oleh polis dan ketika dia membuat pembelaan," kata para timbalan pendakwa raya April Phang dan Amanda Chong.

Pihak pendakwaan mendakwa si bapa itu sengaja menjalankan prosedur membesarkan zakarnya selepas anak perempuannya menuduh dia menderanya secara seksual.

Menurut pihak pembelaan, lelaki itu menjalani tiga prosedur tersebut di Johor Bahru pada 2005, 2007 dan 2009, atas arahan isterinya yang kini sudah berpisah daripadanya.

Keputusan mahkamah dijangka dikeluarkan bulan depan.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan