Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bapa mainkan peranan penting sumbang kepada pertahanan negara, kata Dr Maliki

Para bapa memainkan peranan penting menyumbang kepada pertahanan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa mainkan peranan penting sumbang kepada pertahanan negara, kata Dr Maliki

Dr Maliki bersama anak lelaki beliau memasang khemah. (Gambar-gambar: Mindef)

SINGAPURA: Para bapa memainkan peranan penting menyumbang kepada pertahanan negara.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga penasihat Majlis Perhubungan Masyarakat bagi Pertahanan (ACCORD), semasa melancarkan Perkhemahan Bapa Sepanjang Hayat @ Army Open House (AOH) 2017 di Pit F1, malam ini (28 Mei).

Dr Maliki berkata: "Perkhemahan Bapa Sepanjang Hayat @ AOH 2017 ini satu contoh inisiatif akar-umbi ACCORD yang menggalakkan, yang mengiktiraf sumbangan-sumbangan pegawai perkhidmatan negara dan memperkukuh sokongan kmasyarakat serta keluarga terhadap NS.

"Para bapa, yang kebanyakannya juga pegawai perkhidmatan negara, memainkan peranan penting menyumbang kepada pertahanan negara. Saya sendiri sebagai seorang bapa, berasa ia menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi insan-insan tersayang, masyarakat dan Singapura."

Dr Maliki menambah, para bapa juga adalah salah satu tunggak utama bagi membangunkan sebuah keluarga yang kukuh kerana mereka menjadi contoh dan menerapkan nilai-nilai penting ke dalam diri anak-anak dan generasi masa akan datang sekaligus menetapkan asas bagi negara yang kukuh dan berdaya bingkas buat generasi seterusnya.

Kegiatan perkhemahan itu dianjurkan oleh Pusat Kebapaan (CFF) bersama AOH 2017. Ia juga merupakan inisiatif akar umbi Majlis Keluarga dan Masyarakat (F&C) ACCORD sempena ulang tahun ke-50 Perkhidmatan Negara (NS).

Semasa mengadakan lawatan ke perkhemahan itu, Dr Maliki bersama anak lelaki beliau ikut serta memasang khemah dan berinteraksi dengan para peserta di sana.

Antara kegiatan lain yang dilakukan para peserta sepanjang perkhemahan semalaman itu - dari hari ini (28 Mei) hingga esok (29 mei) - termasuk berjalan malam, memakan hidangan tengah hari yang sudah dicatu.

Selain itu, para peserta akan mengambil bahagian dalam ikrar "Janji Bapa" kepada keluarga masing-masing.

Para peserta juga akan berjalan sejauh tiga kilometer di sekitar Marina Bay, di mana mereka akan melalui mercu tanda termasuk Taman Olimpik Belia, Tugu Peringatan Lim Bo Seng dan Jambatan Espalande, sambil menyanyi lagu-lagu ketenteraan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan