Images
  • bank negara
    Ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Bank Negara M'sia selar kontrak hadapan ringgit SGX

SINGAPURA: Bank pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia, pada Rabu (9 Ogos) menyelar Bursa Saham Singapura (SGX) selepas bursa itu mengeluarkan kontrak hadapan ringgit bagi pertukarannya bulan lalu.

Bank Negara mendedahkan dalam kenyataannya bahawa ringgit adalah mata wang yang bukan bersifat antarabangsa. Oleh itu, perdagangan luar pesisir ringgit bagi pertukaran luar negara menentang dasar negaranya.

Ia turut menggesa semua peserta pasaran supaya meneliti peraturan sedia ada bagi Pentadbiran Pertukaran Asing (FEA).

Ia juga memberi amaran bahawa tindakan sewajarnya di bawah undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Kenyataan itu bertulis: "Perbuatan melanggari undang-undang FEA adalah kesalahan di bawah Akta Khidmat Kewangan 2013 dan Akta Khidmat Kewangan Islam 2013."

Jimmy Zhu, selaku ketua ahli strategi di Fullerton Markets, berkata produk pertukaran asing seperti komtrak hadapan ringgit boleh terus menyebabkan lebih banyak turun naik bagi mata wang ringgit.

"Itu mungkin tidak akan disenangi para pegawai Malaysia dan akan meningkatkan kos campur tangan pertukarang asing," dedahnya.

Ketua pegawai eksekutif The Motley Fool David Kuo berkata kenyataan terbaru oleh Bank Negara "menghantar semua mesej-mesej salah tentang berapa terbukanya ekonomi Malaysia".

Awal dari itu, Bank Negara mengambil langkah-langkah bagi mengekang perdagangan ringgit di luar pesisir. 

- CNA/IM/im

Top