Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir Malaysia: Usaha kumpul derma berjalan terus di 69 masjid

Usaha mengumpul derma dalam bentuk wang dari orang ramai untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia berjalan terus di kesemua 69 masjid di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2014 08:55PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:25PM

SINGAPURA: Usaha mengumpul derma dalam bentuk wang dari orang ramai untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia berjalan terus di kesemua 69 masjid di negara ini.

Namun, beberapa masjid juga membantu dengan dijadikan tempat mengumpul derma barangan dari orang ramai.

Orang ramai boleh menderma ke tabung-tabung khas Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF) di semua masjid di negara ini sehingga lusa.

Wang yang terkumpul akan digunakan untuk membeli bekalan makanan, air bersih, ubat-ubatan dan keperluan asas lain yang diperlukan mangsa-mangsa banjir.

Eksekutif Dakwah Masjid Mujahidin, Md Iszam Karim menjangkan ramai orang yang akan "tampil dalam usaha mengumpul derma sempena hari cuti (sempena Tahun Baru)."

Memandangkan banyak pertanyaan dari para jemaah, Masjid Mujahidin juga menyokong usaha Masjid Al-Firdaus mengumpulkan derma dalam bentuk barangan seperti pakaian, selimut, makanan dan ubat-ubatan. Derma barangan tersebut diterima sehingga Rabu depan.

Hubungan rapat Masjid Mujahidin dengan tiga kumpulan pemandu teksi, pula membuka peluang untuk mengajak lebih ramai orang menderma.

Bagi sukarelawan kumpulan teksi JADI, Encik Habib Md Mastan, ini merupakan satu cara beliau dapat menyumbang tenaganya.

Para pemandu teksi tersebut secara bertahap-tahap membantu memunggah barangan sumbangan orang ramai yang terkumpul di Masjid Mujahidin, untuk dihantar ke Masjid Al-Firdaus di Chua Chu Kang, sebelum dikirim ke pusat-pusat perlindungan banjir di Malaysia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan