Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Banjir Malaysia: Singapura tawarkan penyaring air

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura menawarkan untuk meminjamkan alat-alat penyaring air kepada Malaysia, berserta para kakitangan, untuk menghasilkan air bersih bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir Malaysia: Singapura tawarkan penyaring air

Kakitangan SAF, SCDF dan MAF mengeluarkan kargo daripada sebuah pesawat C-130. (Gambar: Angkatan Tentera Singapura)

Diterbitkan : 03 Jan 2015 01:37PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:22PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura menawarkan untuk meminjamkan alat-alat penyaring air kepada Malaysia, berserta para kakitangan, untuk menghasilkan air bersih bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di negara itu.

Menulis di laman Facebooknya pagi ini, Perdana Menteri Lee berkata beliau telah menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, dan unit-unit itu sudah dihantar dan sedang beroperasi di Kelantan, salah satu negeri yang teruk terjejas oleh banjir.

Setiap unit boleh menghasilkan ribuan liter air bersih dalam sehari.

Encik Lee menambah, Malaysia adalah salah satu rakan Singapura yang paling rapat dan beliau berharap ini akan membantu para penduduk di negara itu meneruskan semula kehidupan mereka seperti biasa tidak lama lagi. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan