Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Balai bomba baru Jurong dibuka dengan kemudahan canggih

Balai Bomba Jurong yang baru dibuka rasmi hari ini (17 Nov), terletak di Jurong West Street 26.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2017 08:35PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:51PM

SINGAPURA: Balai Bomba Jurong yang baru dibuka rasmi hari ini (17 Nov), terletak di Jurong West Street 26.

Bangunan bomba itu dahulunya terletak di Boon Lay Drive.

Balai bomba itu dilengkapi dengan peralatan serba canggih termasuk Kenderaan Perubatan Kebakaran yang bertindak sebagai kenderaan bomba dan ambulans.

Ia juga balai bomba pertama yang menggunakan gelongsor bagi memastikan keselamatan anggota bomba apabila menyahut panggilan kecemasan dengan segera.

Balai bomba baru itu, yang dibuka rasmi oleh Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Josephine Teo juga memenangi anugerah kerana menggunakan bahan binaan mesra alam dan kemudahan menjimatkan air.  

Sumber : CNA/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan