Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas, laman palsu ICA cuba pancing data peribadi

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran kepada orang ramai tentang sebuah laman ICA palsu yang memancing data untuk mendapatkan nombor permohonan visa serta nombor pasport para pengunjung.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas, laman palsu ICA cuba pancing data peribadi

Petikan skrin dari laman palsu ICA.

Diterbitkan : 24 Mar 2017 04:00PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 04:02PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran kepada orang ramai tentang sebuah laman ICA palsu yang memancing data untuk mendapatkan nombor permohonan visa serta nombor pasport para pengunjung.

ICA hari ini (24 Mac) menyatakan bahawa alamat laman palsu itu ialah www.singapore-epass.com/login.html.

Namun tiada sebarang data daripada laman rasmi ICA dikompromi, dan orang ramai masih boleh melungsuri laman itu.

ICA menambah bahawa satu aduan polis sudah dibuat tentang hal tersebut. "Kami akan berusaha menurunkan laman itu dan akan terus memantaunya," tambahnya.

Pemeriksaan Mediacorp mendapati pautan laman palsu itu membawa pengunjung kepada sebuah halaman yang tertera: "Server Error in '/' Application."

ICA juga menasihati orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada laman-laman palsu sedemikian.

Ia menggesa para netizen supaya hanya menggunakan laman rasmi ICA untuk semua keperluan maklumat dan urus niaga berhubung ICA.

"ICA memandang serius laman-laman palsu sedemikian kerana ia menjejas keyakinan awam terhadap sistem dan proses kami," menurut pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan media. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan