Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! kes tipu pembelian dicaj ke bil telefon bimbit, meningkat

Polis menerima beberapa aduan di mana mangsa dikenakan bayaran pada bil telefon bimbit mereka selepas memberi nombor PIN tiga digit kepada orang yang tidak dikenali melalui Facebook, menurut polis dalam satu kenyataan pada Rabu (13 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! kes tipu pembelian dicaj ke bil telefon bimbit, meningkat

Gambar fail seorang yang sedang menggunakan telefon bimbit. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 11:01PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:03PM

SINGAPURA: Polis menerima beberapa aduan di mana mangsa dikenakan bayaran pada bil telefon bimbit mereka selepas memberi nombor PIN tiga digit kepada orang yang tidak dikenali melalui Facebook, kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu(13 Dis).

Antara Januari dan November 2017, Polis menerima 130 kes, iaitu peningkatan sebanyak 120% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah penipuan setakat ini bernilai sekurang-kurangnya S$16,000. Menurut Polis, kes-kes sedemikian terus dilaporkan pada bulan Disember.

Penipu dalam kebanyakan kes ini menghubungi mangsa dengan menghantar permintaan hendak menjadi rakan di Facebook. Bahkan dalam sesetengah kes, penipu membuat akaun Facebook yang menyerupai kawan mangsa! Mereka kemudian meminta nombor telefon bimbit dan pembekal perkhidmatan mangsa. Dengan maklumat itu, penipu membuat pembelian dalam talian kredit permainan atau kad hadiah dalam talian menggunakan nombor telefon mangsa. Pembelian itu dicaj ke bil telefon bimbit mangsa setelah mangsa memberi Kata Laluan Sekali (OTP) atau Kod Pengesahan kepada penipu. Para mangsa hanya sedar mereka ditipu apabila menerima bil telefon bimbit mereka.

Ambil langkah berjaga-jaga berikut untuk melindungi diri anda:

a) Jangan berkongsi maklumat peribadi anda termasuk kod OTP dengan sesiapa pun. Maklumat sedemikian berguna untuk penipu dan berpotensi digunakan untuk pembelian yang dicaj ke bil telefon bimbit anda.

b) Berhati-hati dengan permintaan daripada orang tidak dikenali di laman rangkaian sosial. Mereka mungkin menyamar sebagai orang lain.

c) Jika anda menerima permintaan untuk menjadi teman dari rakan di laman rangkaian sosial, sahkan dengan rakan anda melalui cara komunikasi yang lain sebelum menerima permintaan tersebut.

d) Laporkan sebarang penipuan caj pada bil telefon anda kepada pembekal perkhidmatan anda dengan segera.

e) Jika anda ragu-ragu, sila hubungi Talian Bantuan Antipenipuan di 1800-722-6688 atau lawat www.scamalert.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan