Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas kaedah penipuan baru libatkan laman polis palsu

Ekoran kes-kes penipuan melibatkan individu menyamar sebagai pegawai polis, kini muncul pula kes penipuan baru melibatkan laman palsu Pasukan Polis Singapura (SPF).

Anggaran Waktu Membaca:
Awas kaedah penipuan baru libatkan laman polis palsu

Screengrab of the fake Singapore Police Force website. (Screengrab via SPF/Facebook)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 07:38PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 08:00PM

SINGAPURA: Ekoran kes-kes penipuan melibatkan individu menyamar sebagai pegawai polis, kini muncul pula kes penipuan baru melibatkan laman palsu Pasukan Polis Singapura (SPF).

SPF dalam Facebooknya hari ini (24 Mac) memberi amaran tentang laman palsu itu, dan menyatakan para mangsa penipuan ini biasanya akan menerima panggilan yang didakwa daripada pegawai polis.

Si 'pegawai polis' itu akan mendakwa mangsa memegang akaun-akaun bank dengan jumlah wang yang terlalu banyak, justeru mereka disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah seperti pelaburan wang haram.

Para mangsa kemudian diberikan pautan sebuah laman yang kelihatan seperti laman rasmi SPF, lalu diminta mengikut arahan untuk memberikan maklumat peribadi - seperti butiran kad kredit dan perbankan Internet - yang kononnya untuk membantu dalam siasatan.

Laman palsu SPF yang meminta maklumat peribadi dan butiran perbankan mangsa. (Gambar: SPF/Facebook)

Laman palsu SPF yang meminta maklumat peribadi dan butiran perbankan mangsa. (Gambar: SPF/Facebook)

Laman itu bagaimanapun sebenarnya laman memancing data, yang direka untuk mendapatkan maklumat peribadi dan butiran perbankan para mangsa, menurut polis.

Dalam kebanyakan kes yang dilaporkan, mangsa akhirnya kerugian jumlah wang yang "besar".

Polis menambah bahawa laman rasmi SPF ialah www.police.gov.sg.

Talian bantuan anti-penipuan - 1800-722-6688 - juga boleh dihubungi untuk mendapatkan nasihat berhubung penipuan, tambah polis.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan