Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas jika anda terima panggilan telefon berakhir dengan nombor "0000"!

Orang ramai mengadu menerima panggilan sedemikian dengan pemanggil mendakwa dirinya sebagai pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) - dan memberi amaran bahawa panggilan itu adalah satu penipuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas jika anda terima panggilan telefon berakhir dengan nombor "0000"!

Gambar fail seorang wanita menggunakan telefon.

Diterbitkan : 17 Mar 2017 10:15PM Dikemas Kini : 17 Mar 2017 10:19PM

SINGAPURA: Awas apabila anda menerima panggilan daripada nombor yang berakhir dengan "0000".

Itulah amaran yang dikeluarkan polis hari ini (17 Mac).

Menurut polis, orang ramai mengadu menerima panggilan sedemikian dengan pemanggil mendakwa dirinya sebagai pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) - dan memberi amaran bahawa panggilan itu adalah satu penipuan.

Para penerima panggilan diminta memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan oleh seorang operator yang bercakap dalam bahasa Mandarin, menurut SPF.

Bagi panggilan yang tidak diangkat, kiriman mesej ditinggalkan, juga dalam bahasa Mandarin, mengarahkan pemanggil supaya menghubungi talian 999 dan pergi ke balai polis atau ibu pejabat polis dengan membawa kad pengenalan mereka, tambahnya.

"Polis ingin menekankan bahawa panggilan sedemikian tidak dibuat oleh para pegawai SPF," menurut SPF. "Taktik seumpama itu lazimnya digunakan oleh mereka yang melakukan kegiatan penipuan."

Ini adalah kali kedua polis mengeluarkan amaran seperti itu bulan ini. Dua minggu lalu, polis mengeluarkan amaran serupa, memaklumkan orang ramai supaya berjaga-jaga jika menerima penggilan daripada nombor yang berakhir dengan "999".

Polis menambah, orang ramai perlu mengambil langkah-langkah berikut jika menerima panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali:

- Abaikan panggilan sedemikian dan arahan yang diberikan.

- Maklumkan yang anda akan meletak telefon dan nyatakan anda akan menelefonnya semula untuk membuat pengesahan.

- Jangan berikan nama, nombor kad pengenalan, maklumat pasport, nombor telefon atau alamat, maklumat akaun bank atau kad kredit. Maklumat sedemikian berguna bagi para penjenayah.

- Tiada agensi pemerintah yang akan meminta maklumat peribadi atau menyuruh anda memindahkan wang menerusi panggilan telefon atau kiriman mesej.

- Jika anda kurang pasti, hubungan talian bantuan anti-penipuan di nombor 1800-722 6688 atau lungsuri laman www.scamalert.sg

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan