Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Jangan terpedaya dengan khabar angin mengenai apa yang berlaku kepada simpanan CPF jika anda meninggal dunia

CPF menyatakan khabar angin itu adalah satu lagi bentuk dakwaan palsu yang luas tersebar pada tahun 2012.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Jangan terpedaya dengan khabar angin mengenai apa yang berlaku kepada simpanan CPF jika anda meninggal dunia

Gambar fail bangunan Tabung Simpanan Pekerja. (Gambar: Calvin Oh)

SINGAPURA: Apabila pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) meninggal dunia, simpanan mereka akan diberikan kepada pewaris mereka dalam bentuk wang tunai - dan bukan dipindahkan ke akaun Medisave mereka seperti yang didakwa dalam kiriman mesej yang menjadi viral di media sosial.

"Secara automatik, pewaris anda akan menerima simpanan CPF anda dalam bentuk wang tunai apabila anda meninggal dunia. Ini tidak akan berlaku jika anda sendiri memilih jenis pencalonan CPF yang lain," tambah CPF.

CPF menyatakan khabar angin itu adalah satu lagi bentuk dakwaan palsu yang luas tersebar pada tahun 2012.

Ia menambah pencalonan CPF memberi para pencarum CPF pilihan untuk menentukan siapakah yang akan menerima simpanan CPF mereka apabila mereka meninggal dunia dan jumlah yang akan diterima oleh setiap pewaris.

Lebih banyak perincian mengenai perkara ini boleh didapatkan di laman CPF.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan