Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AVA siasat kematian kucing di Bukit Batok

Penguasa Agro-Makanan dan Vertinar (AVA) sedang menyiasat kematian seekor kucing di Bukit Batok.

Anggaran Waktu Membaca:
AVA siasat kematian kucing di Bukit Batok

Seekor kucing dijumpai mati di Bukit Batok. (Gambar: Twitter / @hzzzy_)

Diterbitkan : 22 May 2017 06:18PM Dikemas Kini : 22 May 2017 06:19PM

SINGAPURA: Penguasa Agro-Makanan dan Vertinar (AVA) sedang menyiasat kematian seekor kucing di Bukit Batok selepas ia ditemui terlantar di kaki tangga dengan kepala yang berdarah.

Pengguna Twitter, harleen, memuat naik gambar-gambar kucing itu kelmarin (20 Mei), dengan mengatakan kucingnya "dibunuh" di Bukit Batok West Avenue 7.

"Kami mengesyaki kucing saya dapat keluar dari rumah dan seorang jiran menghentak kepala kucing itu dan melontar kucing berkenaan ke bawah," tulis harleen.

Harleen menambah kucing tersebut, diberi nama Dan, berusia 10 bulan dan didapati mengalami kecederaan di sebelah kanan kepala.

Dalam satu lagi catatan Twitter selepas itu, harleen berkata bangkai Dan diserahkan kepada AVA untuk dibedah siasat dan polis sedang memeriksa rakaman CCTV.

AVA menyatakan hari ini bahawa siasatan sedang dijalankan dan orang ramai "tidak harus memberi spekulasi kerana tidak semua kematian haiwan ada kaitan dengan kekejaman." 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan