Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AS beri suaka politik kepada Amos Yee: Ini komen MHA

Ia adalah hak Amerika Syarikat untuk mengambil mereka yang terlibat dalam melakukan ucapan berbaur kebencian, tetapi Singapura mengambil pendekatan yang berbeza. 

Anggaran Waktu Membaca:
AS beri suaka politik kepada Amos Yee: Ini komen MHA

Gambar fail Amos Yee. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 10:36PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 10:37PM

SINGAPURA: Ia adalah hak Amerika Syarikat untuk mengambil mereka yang terlibat dalam melakukan ucapan berbaur kebencian, tetapi Singapura mengambil pendekatan yang berbeza.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini (25 Mac), sebagai respons kepada soalan-soalan media selepas penulis blog Amos Yee diberi suaka politik di Amerika.

Yee pernah dipenjara di Singapura kerana menyakiti perasaan para penganut agama Kristian dan Islam.

Dia diberikan suaka politik di Amerika selepas seorang hakim imigresen Amerika merumuskan bahawa Pemerintah Singapura "mendakwa Yee berdasarkan pendapat politiknya".

MHA: S'PURA AMBIL PENDEKATAN YANG 'SANGAT BERBEZA'

"Amerika melaksanakan piawaian yang berbeza, dan membolehkan ucapan berbaur kebencian di bawah rubrik kebebasan bersuara. Amerika sebagai contoh, dengan alasan kebebasan bersuara, membolehkan pembakaran Al Quran," menurut MHA.

"Singapura mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sesiapa yang terlibat dalam membuat ucapan berbaur kebencian atau cuba membakar Quran, Bible, atau sebarang teks agama di Singapura, akan ditangkap dan didakwa."

Kenyataan penuh MHA, yang merujuk kenyataan dibuat Yee, boleh didapatkan di lamannya. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan