Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Arab Saudi batalkan yuran visa 2,000 Riyal bagi jemaah umrah berulang

Berita baik bagi para bakal jemaah umrah yang pernah ke Saudi dalam masa tiga tahun lalu, tetapi mahu berangkat lagi pada tahun hijrah 1438 sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Berita baik bagi para bakal jemaah umrah yang pernah ke Saudi dalam masa tiga tahun lalu, tetapi mahu berangkat lagi pada tahun hijrah 1438 sekarang.

Pihak berkuasa Arab Saudi tidak lagi akan mengenakan yuran visa 2,000 Riyal Saudi seperti yang telah dilakukannya sejak Oktober lalu.

Kedutaan Saudi di Singapura sudahpun memaklumkan pihak GSA di sini, pemansuhan bayaran visa untuk jemaah umrah berulang itu berkuatkuasa semalam.

Sejak permulaan tahun Hijrah 1438, iaitu dua bulan lalu (Okt 2016), apabila nama dan nombor pasport bakal jemaah umrah dimasukkan ke dalam sofwe permohonan visa Saudi. Ia kemudian akan memaklumkan sama ada pemohon itu perlu membayar yuran tambahan 2,000 Riyal Saudi atau bersamaan S$750.

10% JEMAAH UMRAH S'PURA SUDAH BAYAR YURAN

Tinjauan rambang menunjukkan, sekitar 10% jemaah Singapura yang memohon visa umrah untuk berangkat semasa musim cuti sekolah hujung tahun ini, dikenakan yuran tambahan 2,000 Riyal Saudi.

Ini kerana mereka pernah pergi umrah dalam tempoh tiga tahun lalu.

Ini berbeza dengan pengumuman pihak berkuasa Saudi Ogos lalu, di mana yuran tambahan itu akan hanya dikuatkuasakan terhadap mereka yang menunaikan umrah lebih daripada sekali dan dalam masa setahun mulai tahun Hijrah 1438, bersamaan 2 Oktober lalu.

Namun majoriti jemaah Singapura yang terjejas dimaklumkan sanggup membayar yuran lebih tinggi itu.

GSA S'PURA DIMAKLUMKAN SEMALAM

Perbezaan tempoh waktu dalam penguatkuasaan yuran visa tambahan itu ditimbulkan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) kepada Konsulat Saudi di sini bulan lalu.

Akhirnya semalam pihak GSA dimaklumkan tentang pemansuhan yuran visa tambahan itu untuk jemaah umrah berulang, dalam tempoh tiga tahun lalu.

Sebaliknya peraturan asal visa tambahan 2,000 Riyal Saudi itu akan dikenakan ke atas para jemaah berulang yang melakukan umrah lebih daripada sekali dalam tempoh setahun mulai tahun hijrah 1438 sekarang.

Sebelum ini, pihak GSA sendiri perlu menanggung kos visa yang lebih tinggi untuk para pegawai yang mengiringi jemaah ke Saudi, lebih daripada sekali dalam masa setahun.

Akibatnya, ada yang menganggarkan kos pakej umrah juga mungkin naik sekitar 10% kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan