Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi tempatan GlycoLeap bantu pengguna pilih makanan lebih sihat

Satu aplikasi yang dihasilkan di sini membantu para pesakit kencing manis dihubungkan dengan seorang pakar pemakanan bagi membimbing mereka memilih makanan sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi tempatan GlycoLeap bantu pengguna pilih makanan lebih sihat

Ketua pegawai perubatan Holmusk, Dr Yau Teng Yan. (Gambar: Rajendran Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 24 Aug 2017 07:48AM Dikemas Kini : 24 Aug 2017 07:53AM

SINGAPURA: Satu aplikasi yang dihasilkan di sini membantu para pesakit kencing manis dihubungkan dengan seorang pakar pemakanan bagi membimbing mereka memilih makanan sihat.

Dihasilkan oleh sebuah syarikat pemula tempatan, Holmusk, aplikasi yang diberi nama GlycoLeap itu akan membolehkan para pesakit menghantar gambar makanan mereka yang boleh dihubungkan dengan sesebuah restoran atau gerai penjaja. Pengguna aplikasi itu kemudian menerima rating bagi makanan tersebut dan maklum balas menerusi fungsi sembang dalam masa sejam.

Daripada menggesa pengguna supaya jangan memakan makanan seperti laksa atau nasi ayam, para pakar akan menyarankan pilihan yang lebih sihat, misalnya, penggemar laksa dinasihati supaya mengambil lebih banyak telur dan kerang daripada ''fish cake'' yang kandungan garamnya “32 kali lebih tinggi berbanding ikan biasa.”

Holmusk kini sedang menimbangkan sama ada untuk menyepadukan markah daripada pelbagai pengguna untuk membangunkan rangkaian pengguna yang dapat berkongsi pengalaman mereka serta memberi maklum balas pakar.

Buat masa ini terdapat lima pakar di pejabat Holmusk di Ayer Rajah yang memberikan khidmat kepada mereka yang aktif menggunakan platform itu. Setiap daripada mereka boleh memberikan respons kepada sehingga 80 pesakit setiap hari.

Penghasilan aplikasi itu bermula pada 2015 apabila ramai pesakit kencing manis mengalami kesukaran untuk mendapatkan panduan sementara menantikan janji temu doktor yang biasanya mengambil masa setiap tiga hingga enam bulan.

Aplikasi itu dilancarkan September lalu dan kini digunakan dalam satu kajian yang melibatkan sesetengah pesakit di Poliklinik Tampines.

Holmusk berharap aplikasi itu akan membantu pengguna mengurangkan berat badan sebanyak 5 hingga 7 peratus dalam masa enam bulan, dan mengawal penyakit kencing manis mereka.

Pada bulan lalu, satu versi GlycoLeap yang diubah suai, dikenali sebagai SuperLeap, sudah dilancarkan dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bagi menangani masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak.

Ia berharap akan dapat merekrut 700 kanak-kanak dan keluarga dengan masalah berat badan yang berlebihan menggunakan platform tersebut sebelum hujung tahun ini.

Sumber : Today/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan