Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi SEC Green Map ajak rakyat S'pura lebih mesra alam

Hanya satu syarikat mendapat pentauliahan mesra alam bagi produk-produk keluarannya sejak skim Majlis Sekitaran Singapura (SEC) itu dipertingkat pada Januari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2017 07:21PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:40PM

SINGAPURA: Hanya satu syarikat mendapat pentauliahan mesra alam bagi produk-produk keluarannya sejak skim Majlis Sekitaran Singapura (SEC) itu dipertingkat pada Januari lalu.

Skim Label Hijau SEC mengiktiraf produk kertas dan pulpa yang mesra alam sekitar.

Dalam pada itu, SEC juga melancarkan satu aplikasi untuk membantu rakyat tempatan mengamalkan gaya hidup yang lebih mesra alam.

Aplikasi Green Map memberi penggunanya maklumat cara membuat pilihan lebih baik demi kesejahteraan alam sekitar seperti tempat untuk mengitar semula barangan.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata dalam menangani kesan-kesan daripada perubahan iklim, adalah penting untuk semua orang memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar.

Menurut beliau lagi sebagai sebuah pulau kecil, Singapura paling terjejas dengan kesan daripada perubahan iklim.

Namun, bukan orang-orang awam sahaja yang perlu menjaga alam sekitar.

Di bawah Skim Label Hijau, masyarakat peniaga juga digalak untuk memikirkan kesan perubahan iklim terhadap operasi mereka dan mengadakan langkah-langkah bagi mengurangkan pengeluaran karbon.

Namun sejak Skim Label Hijau SEC dipertingkat pada Januari lalu dengan mengenakan garis panduan yang lebih ketat hanya syarikat Kimberly-Clark daripada 13 yang memohon mendapat pentauliahan tersebut.

Bagi menggalak syarikat-syarikat mengurangkan pengeluaran karbon pula cukai karbon akan diperkenalkan dalam tahun 2019. 

Sumber : CNA/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan