Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi perjalanan baru SATS sediakan peringatan daftar masuk, tawar khidmat insurans

SATS mengumumkan pada Jumaat (11 Ogos) pelancaran bagi khidmat bantuan perjalanan dalam aplikasi mudah alih yang menyasarkan segmen pelancong muda yang kian meningkat di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi perjalanan baru SATS sediakan peringatan daftar masuk, tawar khidmat insurans

"Ready To Travel" membolehkan para pengguna untuk terus membeli insurans perjalanan dan juga menempah daripada lebih 10,000 daya tarikan luar negara. (Gambar: SATS)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 11:06AM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 11:13AM

SINGAPURA: SATS mengumumkan pada Jumaat (11 Ogos) pelancaran bagi khidmat bantuan perjalanan dalam aplikasi mudah alih yang menyasarkan segmen pelancong muda yang kian meningkat di Asia.

Ini sedang khidmat lapangan terbang dan syarikat katering dalam pesawat kian mendampingi para penumpang yang berhubungan secara digital, di mana ia beroperasi dan memasarkan khidmatnya sendiri, seperti ruang rehat di lapangan terbang.

Selain memberitahu tentang maklumat penting seperti peringatan perjalanan, masa perjalanan ke lapangan terbang, masa pendaftaran masuk dan masa masuk pesawat, aplikasi "Ready To Travel" juga membolehkan para pengguna untuk terus membeli insurans perjalanan dan juga menempah daripada lebih 10,000 daya tarikan luar negara untuk melakar rancangan perjalanan dan turut berkongsi dengan rakan-rakan.

(Gambar: Ready To Travel)

Rakyat Singapura juga boleh mendaftar online dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) dengan menggunakan aplikasi tersebut, di mana ia akan memberitahu tentang notis perjalanan dan makluman yang khusus bagi negara itu.

Ia juga membolehkan para pengguna untuk membeli khidmat kocek WiFi dengan ketersambungan ke 50 negara dan mempunyai alat yang dihantar ke rumah sebelum mereka melakukan perjalanan tersebut.

Bakal disediakan untuk dimuat turun ke dalam alat Android atau iOS di Singapura, Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Filipina, aplikasi berkenaan adalah inisiatif yang pertama kali dilakukan oleh seseorang pengendali.

Ia turut menyepadukan aspek pengalaman fizikal dan digital pelanggan. Pelancaran tersebut juga diumumkan di acara NATAS pada Jumaat.

Buat masa ini, ciri-ciri unik aplikasi tersebut - yang membolehkan pengguna untuk mencari jalan di lapangan terbang dengan berpandukan maklumat berarah berdasarkan masa nyata, akan disediakan bagi para pengguna di empat lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Singapura, Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok, Lapangan Terbang Narita Tokyo dan Lapangan Terbang Chek Lap Kok Hong Kong.

Presiden dan ketua eksekutif SATS Encik Alex Hungate berkata syarikat tersebut akan menghubungkan lebih banyak lapangan terbang dalam beberapa bulan akan datang melalui aplikasi itu.

Syarikat berkenaan turut beroperasi di 47 lapangan terbang di seluruh 14 negara di Asia dan Timur Tengah. 

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan