Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apakah antara kegiatan berguna dilakukan belia pabila Puasa dan cuti Jun jatuh serentak? Ini dia...

BERITAMediacorp menjenguk apakah antara aktiviti berguna yang dilakukan para remaja semasa 'cuti Ramadan' ini.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2017 07:08PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 09:20PM

BERITAMediacorp: Sudah tiga minggu golongan remaja melalui cuti sekolah dan berpuasa secara serentak.

BERITAMediacorp menjenguk apakah antara aktiviti berguna yang dilakukan para remaja semasa 'cuti Ramadan' ini.

Sebagai contoh, sekumpulan belia menjalani sebuah kem Ramadan yang mengajar mereka tentang cara mengambil wudhu, solat terawih dan qiyam secara berjemaah.

Seramai 49 remaja yang berada di bawah Skim Keluarga Angkat & Belia (AFYS) dan Pusat Nasihat Hutang (DAC) oleh AMP menyertai kem selama dua hari ini.

Ini merupakan kali pertama AMP menganjurkan kem Ramadan sebegini untuk remaja yang berusia antara 10 dengan 18 tahun, dengan tujuan memberi penekanan khusus kepada kegiatan amalan di bulan Ramadan.

Seramai 49 remaja yang berada di bawah Skim Keluarga Angkat & Belia (AFYS) dan Pusat Nasihat Hutang (DAC) oleh AMP menyertai kem tersebut. (Gambar: AMP/ Facebook)

"Saya suka kem ini kerana ini adalah kali pertama saya dan sangat seronok untuk saya," kata seorang peserta kem, Nur Azlyn Natasha Abdullah.

Soerang lagi peserta kem, Mohd Diny Md Naser juga berkata: "Saya suka Al-Quran kerana saya boleh baca, lagi baik. Jadi cita-cita saya nak jadi imam."

Selain meluangkan masa dalam aktiviti-aktiviti tersusun sebegini, sebilangan lagi remaja pula mengambil inisiatif untuk melakukan kerja amal di masjid.

Misalnya, hampir setiap hari semasa bulan Ramadan, Mohd Danial, 12 tahun meluangkan masa di masjid Al-Mukminin.

"Saya selalu turun masjid untuk tolong kasi jemaah bubur. Dan sudah beberapa kali, saya menolong jemaah kalau waktu hujan, masa terawih, saya akan berdiri di luar untuk melindungi air daripada jemaah yang tidak ada payung," kata Encik Danial.

Malah kesungguhan Danial yang sudah dua tahun menjadi sukarela membuatkan rakan-rakannya juga ingin mengikuti jejak langkahnya.

Seramai 49 remaja yang berada di bawah Skim Keluarga Angkat & Belia (AFYS) dan Pusat Nasihat Hutang (DAC) oleh AMP menyertai kem tersebut. (Gambar: AMP/ Facebook)

(Gambar-gambar: AMP/ Facebook)

Menurut masjid Al-Mukminin, jumlah remaja yang menjadi sukarelawan lebih ketara semasa bulan puasa, lebih-lebih lagi pada cuti sekolah sekarang.

Ketua, Dakwah & Pembangunan Sosial, Masjid Al-Mukminin, Encik Md Fakhrur Radzi Md Noor turut memberikan pendapat: "Kalau kita fokus kepada bulan Ramadan, kita sekurang-kurangnya ada dua belia yang setiap hari akan datang dan kadang-kadang jumlah ini akan meningkat hingga belasan orang, belia yang datang untuk membantu kita dalam Ramadan.

"Dan pihak masjid menjangkakan lebih banyak sukarelawan remaja akan tampil pada tahun-tahun mendatang apabila masjid Al-Mukminin bekerjasama dengan sekolah-sekolah berdekatan bagi pelbagai aktiviti kebajikan." 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan