Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apa yang berlaku kepada penjaga kubur, Mamat Rasidi, apabila 35,000 kubur Pusara Abadi diambil alih?

Encik Mamat menceritakan bagaimana beliau "membina perniagaannya sendiri" di perkuburan orang Islam yang terletak di Choa Chu Kang.

Anggaran Waktu Membaca:
Apa yang berlaku kepada penjaga kubur, Mamat Rasidi, apabila 35,000 kubur Pusara Abadi diambil alih?
Diterbitkan : 23 Jul 2017 04:16PM Dikemas Kini : 23 Jul 2017 04:24PM

SINGAPURA: Duduk di bawah pokok dengan basikal karatnya, penjaga kubur bernama Encik Mamat Rasidi, juga 'ditemani' alat pemotong rumput, botol dua liter, tin cat dan sebuah harmonika.

Encik Mamat menceritakan bagaimana beliau "membina perniagaannya sendiri" di perkuburan orang Islam yang terletak di Choa Chu Kang.

Hampir setiap hari selama tiga tahun yang lalu, dalam jam 8.00 pagi, penjaga kubur itu memakai cermin mata hitamnya dan memakai kasut but, meletakkan tuala atas kepalanya, dan mula mengayuh basikal di sekeliling tapak perkuburan.

Tujuannya, mencari anggota masyarakat yang menziarah tanah perkuburan itu dan memerlukan bantuan untuk menguruskan kubur anggota keluarga mereka yang tersayang.

Selain daripada mencabut rumpai dan memotong rumput, lelaki berusia 63 tahun itu turut membantu membersihkan batu nisan dan mencantikkan semula batu tulisan-tulisan di batu nisan yang mana tulisannya sudah pudar.

Pada hari Isnin hingga Jumaat, beliau mendapat kira-kira $30 sehari, hasil menguruskan sebanyak 10 kubur.

Pada hujung minggu, beliau boleh mendapat "beratus-ratus dolar", "terutama pada hari Ahad, waktu yang paling ramai orang datang".

APABILA 80,500 KUBUR DIGALI

Memandang ke depan, sejumlah 80,500 kubur Cina dan Muslim di perkuburan Choa Chu Kang, yang seluas 100 hektar tanah itu, akan digali semula secara progresif untuk memberi laluan kepada pengembangan Pangkalan Udara Tengah.

Tapak-tapak kubur pertama yang akan digali ialah 5,000 kubur Muslim di dua buah blok di Pusara Abadi, iaitu Blok 19 dan Blok 20. Ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun depan.

Ia akan diikuti oleh 45,000 petak kubur Cina dari suku keempat 2019. Langkah itu akan melihat saiz tanah perkuburan tersebut dikurangkan sebanyak sepertiga.

Encik Mamat merupakan di antara segelintir sahaja penjaga kubur di tanah perkuburan yang seluas 318 hektar yang mungkin menyaksikan pekerjaan mereka lenyap apabila kubur-kubur tersebut digali semula.

Buat masa ini, ia merupakan satu-satunya yang masih dibuka bagi pengebumian sejak 1993.

Bagi Encik Mamat, ia merupakan keinginannya untuk menjadi "bos sendiri" yang membuatkannya berhenti kerja sepenuh masa sebagai seorang tukang kebun untuk mengambil pekerjaan ini.

"Saya suka bekerja di sini kerana ia aman, tidak terlalu susah," katanya.

DARI PENJAGA KUBUR MENJADI 'BUSKER'?

Pada hari-hari ketika "perniagaan" tidak rancak, beliau memainkan lagu kegemarannya dengan harmonika atau berbual dengan penjaga-penjaga kubur yang lain. Tempat perkuburan itu turut memberikannya ruang untuk membiarkan daya kreativitinya berjalan.

"Tempat kegemarannya" ialah sebuah kubur yang diberi nama Jasman Haji Jaffar- yang kelihatan rapi dengan landskap dengan pelbagai warna dan bunga-bunga merah jambu. Dengan jarak satu lengan, muncul pula satu lagi hasil tukangannya.

Pokok-pokok yang tumbuh dari pasu yang dibeli khas dari pasaran Sungei Road, yang kini sudah tiada lagi.

"Saya tukang kebun jadi saya boleh membuatnya dengan cantik. Sebelum saya menguruskannya, kuburan ini sama seperti yang lain," kata Encik Mamat, yang membantu menyara anak perempuan dan menantunya serta empat cucunya.

Apabila ditanya apakah rancangan-rancangannya apabila kubur-kubur sudah tiada nanti, beliau berkata: "Mungkin nanti saya akan menjadi seorang 'busker' dengan adik beradik saya."

ANTARA PERSOALAN YANG MENAGIH JAWAPAN

Cik Haslinda Putri Harun, seorang anak perempuan daripada mantan Anggota Parlimen Harun Ghani, menulis komen di ruang Facebook yang berbunyi begini: "Kurang rasa empati bukan sesuatu yang mengejutkan untuk saya. Ia membuatkan saya terfikir tentang 'tempat rehat' saya sendiri, jika masih ada lagi tempat yang tinggal."

Allahyarham Encik Harun Ghani, meninggal dunia pada usia 66 tahun pada Ogos 2005.

Beliau merupakan mantan Setiausaha Politik bagi Kementerian Dalam Negeri dan dikenali ramai sebagai pemimpin antidadah dalam masyarakat Melayu.

Kuburnya merupakan diantara 30,000 kubur orang Islam lain yang akan digali pada masa akan datang, selepas mereka mencapai batas pengebumian 15 tahun.

Cik Haslinda menggesa pihak berkuasa untuk menghubungi secara langsung ahli keluarga yang kuburnya akan terjejas, berdasarkan kepada alamat dalam rekod pengebumian.

"Saya ada banyak soalan, seperti mana mereka akan letakkan beliau (arwah bapanya)? Dan adakah kita akan dipindahkan lagi?

"Kerana tanah akan terus menjadi terhad ... (anak perempuan saya) bimbang sama ada terdapat ruang yang cukup bagi kita semua (untuk dikebumikan selepas kita tiada nanti)," katanya kepada Mediacorp. 

Sumber : Today/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan