Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Rahayu Mahzam dedahkan wajah anaknya kepada umum

Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam, buat pertama kalinya mendedahkan wajah bayi beliau kepada umum hari ini (28 Apr), menerusi akaun Facebooknya.

Anggaran Waktu Membaca:
AP Rahayu Mahzam dedahkan wajah anaknya kepada umum

Muhamad Ayden, anak lelaki AP GRC Jurong, Rahayu Mahzam. (Gambar: Rahayu Mahzam/Facebook)

SINGAPURA: Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam, buat pertama kalinya mendedahkan wajah bayi beliau kepada umum hari ini (28 Apr), menerusi akaun Facebooknya.

Memuat naik gambar bayi lelakinya yang comel itu Cik Rahayu menulis: "Perkenalkan anak lelaki saya, Muhamad Ayden, yang dilahirkan pada 7 April 2017."

Menurut Cik Rahayu, bayinya "terpaksa ditahan lebih lama di hospital" setelah dilahirkan dan baru saja dibenarkan pulang ke rumah awal minggu ini. Bermakna, Muhamad Ayden ditahan lebih dua minggu di hospital.

BERITAMediacorp sebelum ini diberitahu, Muhamad Ayden seberat 3.39 kilogram semasa dilahirkan di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak.

Di laman Facebooknya, Cik Rahayu turut melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan beliau yang tidak putus-putus mendoakan mereka sekeluarga, serta para doktor dan jururawat termasuk di Wad 81 dan Unit Jagaan Rapi Neonatal (NICU).

"Ayden, suami saya, Imad, dan saya amat beruntung kerana anda ada dalam kehidupan kami," ujar Cik Rahayu.

Beliau menambah: "Kehidupan baru kami bersama Ayden baru saja bermula dan kami amat ghairah untuk merakam lebih banyak memori indah sekeluarga."
LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan