Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP Punggol East Charles Chong cuti sakit 8 minggu

Anggota Parlimen (AP) SMC Punggol East Charles Chong akan mengambil cuti sakit selama lapan minggu selepas menjalani satu pembedahan yang dirancang pada Khamis (1 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
AP Punggol East Charles Chong cuti sakit 8 minggu

Gambar fail Encik Charles Chong. (Gambar: TODAY/Robin Choo)

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) SMC Punggol East Charles Chong akan mengambil cuti sakit selama lapan minggu selepas menjalani satu pembedahan yang dirancang pada Khamis (1 Dis).

Demikian menurut Ibu Pejabat (HQ) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam satu kenyataan malam tadi (2 Dis).

Menurut PAP, keadaannya kini stabil, dan para AP dari GRC Pasir Ris-Punggol akan menyokong sesi-sesi bertemu penduduk (MPS) dan kegiatan-kegiatan SMC itu.

Menurut PAP, Encik Chong menjalani pembedahan di Hospital Universiti Nasional dan dijangka meneruskan kegiatan di kawasan undinya secara penuh selepas itu.

Ini meskipun para doktor menasihati beliau untuk menghadkan kegiatan fizikal dan perhubungan dengan orang awam ketika sedang beransur pulih.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, menteri yang memimpin GRC Pasir Ris-Punggol yang berhampiran berkata: "Charles sudah meminta kami menjaga para penduduk Punggol East ketika tempoh ini."

Para AP tambah beliau akan meneruskan sesi MPS seperti biasa setiap Isnin, kecuali Cuti Umum dan Isnin ke-5.

Kegiatan kawasan undi yang ditadbir Encik Chong juga akan diteruskan seperti biasa.

Encik Teo mendoakan agar Encik Chong segera pulih sepenuhnya.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan