Anggota NS dulu dan sekarang naik bas, kereta api percuma pada 30 Jun
Syarikat-syarikat pengangkutan yang menyertai acara itu menyatakan bahawa acara itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada anggota NS.
SINGAPURA: Semua anggota Perkhidmatan Negara (NS) dulu dan sekarang akan menikmati perjalanan percuma menggunakan bas awam dan kereta api pada Jumaat depan (30 Jun).
"Sebagai sebahagian daripada usaha memperingati ulang tahun NS yang ke-50 (NS50), semua anggota NS dulu dan sekarang daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menikmati perjalanan percuma semasa menggunakan bas awam dan kereta api yang dikendalikan syarikat pengangkutan awam Go-Ahead Singapore, SBS Transit, SMRT Corporation dan Tower Transit Singapore pada 30 Jun 2017," menurut syarikat-syarikat pengangkutan itu dalam satu kenyataan media bersama.
Hari Perjalanan Percuma NS50 adalah bagi tempoh dari mula khidmat bas awam dan kereta api pada 30 Jun hingga khidmat bas dan kereta api terakhir (termasuk Nite Owl dan NightRider) pada hari itu.
Semua anggota NS dulu dan sekarang dikehendaki memakai uniform masing-masing untuk dikenal pasti pemandu bas atau kakitangan stesen MRT supaya layak mendapat perjalanan percuma itu:
- Anggota NS SAF: uniform nombor 3 atau 4.
- Anggota NS SPF dan SCDF: uniform khidmat.
Syarikat-syarikat pengangkutan yang menyertai acara itu menyatakan bahawa acara itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada anggota NS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.