Images
  • police appeal
    Polis sedang mencari lelaki ini bagi membantu dalam siasatan berhubung kes mencuri. (Gambar: SPF)

Anda kenal lelaki ini? Polis sedang mencarinya berhubung siasatan kes curi

SINGAPURA: Polis sedang mencari seorang lelaki bagi membantu dalam siasatan berhubung kes mencuri di Blk 462 Sembawang Drive.

Menurut pihak polis, kes tersebut berlaku pada 2 April 2017.

Lelaki berkenaan kali terakhir dilihat mengenakan pakaian seperti gambar di atas.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Talian Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat online ke www.police.gov.sg/iwitness.

Polis menyatakan, semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

- BERITAMediacorp/im

Top