Images
  • norfasarie
    (Gambar: Instagram/norfasarie) 

Anak Norfasarie sertai Larian Wanita Great Eastern, tekad jadi sumber inspirasi

SINGAPURA: Sekitar 13,000 orang mendaftar untuk menyertai Larian Wanita Great Eastern.

Mereka termasuk Moza Baihakki yang berusia enam tahun dan dilahirkan dengan satu lengan.

Namun, anak perempuan pemain bola sepak, Baihakki Khaizan itu amat bersemangat dan bersama ibunya dia berharap menjadi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling.

Moza Baihakki boleh mengikat sendiri tali kasutnya sendiri walaupun hanya ada satu tangan.

Dia juga boleh berlari pantas meskipun lebih berisiko akan jatuh kerana kurang daya imbangan badan.

Namun ibunya, Norfasarie Mohd Yahya, tidak mahu mengekang kegiatan Moza.

"Saya suka gimnastik kerana saya tidak takut terjatuh dan ibu saya kata, saya boleh melakukannya dengan satu tangan." kata Moza Alyka Baihakki.

Tekad yang dimilikinya juga tiada cacat cela.

Moza akan disertai ibunya berlari dalam acara 100 meter 'Princess Dash' atau 'Pecut Puteri' dalam acara Larian Wanita pada 12 November depan. 

- BERITAMediacorp/RL/aq

Top