Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amrin Amin "sahut cabaran" diberi kepercayaan pikul lebih banyak tanggungjawab

Encik Amrin Amin merupakan antara Anggota Parlimen Melayu paling baru dalam politik. Namun beliau terus diberikan lebih banyak kepercayaan untuk memikul lebih banyak tanggungjawab.

Anggaran Waktu Membaca:
Amrin Amin "sahut cabaran" diberi kepercayaan pikul lebih banyak tanggungjawab

Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin. (Gambar: Amrin Amin/Facebook)

SINGAPURA: Encik Amrin Amin merupakan antara Anggota Parlimen Melayu paling baru dalam politik. Namun beliau terus diberikan lebih banyak kepercayaan untuk memikul lebih banyak tanggungjawab.

Dalam perubahan Kabinet terkini yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), beliau kini akan bertugas di satu lagi kementerian - iaitu selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (MOH) mulai Isnin depan (1 Mei), selain terus menggalas jawatan serupa di Kementerian Dalam Negeri (MHA) seperti sekarang.

"Saya baru juga berkecimpung dalam bidang politik ini. Jadi saya gembira dengan kepercayaan yang telah diberi, dan saya akan menyahut cabaran ini dengan rendah diri dan rendah hati.

"Dan saya harap dapat berusaha untuk sama-sama bekerjasama dengan masyarakat untuk menangani atau meningkatkan lagi kesihatan di masyarakat kita," kongsi beliau kepada BERITAMediacorp semasa ditemui kurang dua jam setelah portfolio baru beliau diumumkan sekitar 4.00 petang tadi (27 Apr).

APA INISIATIF BARU AMRIN DI MOH?

Ditanya mengenai inisiatif baru yang akan dilakarkannya di MOH, Encik Amrin berkata, terlalu awal untuk menyatakannya dengan terperinci.

Namun beliau berharap dapat menjana perkongsian pendapat dari masyarakat demi meningkatkan kesihatan masyarakat dengan menangani isu penyakit kronik dan pemakanan lebih sihat.

Yang pasti, antara acara pertama yang akan dilaksanakan beliau selaku Setiausaha Parlimen Kesihatan ialah menekankan aspek kesihatan bagi para jemaah umrah dan haji di kawasan undi beliau, dengan menganjurkan satu acara bersenam.

"Baru-baru ini saya (melakukan) umrah dan saya lihat ramai yang sikit 'pancit'. Jadi saya rasa lebih elok kalau kita dapat bersiapkan diri secara fizikal dan mental supaya kita dapat cergas sama ada di Singapura ataupun di tanah suci," ujar Encik Amrin.

Mantan peguam korporat yang mula bertanding dalam pilihan raya pada 2015 bagaimanapun maklum, hal-hal berkaitan kesihatan tidak harus dilakukan secara mendadak.

Dalam soal kesihatan pemakanan, beliau percaya masyarakat harus mengamalkan keseimbangan dengan mula memperkenalkan "lauk-lauk bening dan juga sayur-sayuran" yang lebih sihat ke dalam menu harian masyarakat Melayu.

"Saya harap kita dapat terus berusaha dan terus berbincang dan berkongsi pendapat supaya kita dapat memastikan masyarakat kita terus sihat dan dapat hidup dengan sebaik mungkin," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan